Open Cbox

LuAhAn PeRaSaAn


hari ni yaya nak cerita sikit lah pasal sorang mamat ni...yaya tak nak informkan kat you all sape mamat ni...yaya dah lama kenal dia...jap-II..lama ke??hmmm..dah nak masuk 2 tahun kenal dia tapi tak pernah jumpa pun...yes...orang yang yaya sayang and orang yang pernah berkali-kali lukakan hati yaya...apa yang dia buat memang yaya tak boleh nak lupakan sampai bila-II...now dia nak kat yaya balik and dia kata yaya dah tak macam dulu lagi...bila yaya tanya kenapa??dia kata yaya sekarang dah garang and selalu marah-II....nak tau kenapa yaya jadi macam tu...sebab dia yang lukakan hati yaya and tipu yaya...for your information...hati yaya ni bukan untuk disakiti okay....sabar yaya ni ada hadnya...siapa yang boleh tahan kalau kena maki...you all semua boleh tahan ke???kalau betul sayang yaya kenapa tak pertahankan yaya bila dieorang semua maki yaya...sedangkan dalam hal tu yaya tak bersalah langsung...yang awak tau suruh yaya sabar...then now awak buat yaya ni macam yaya yang terhegeh-II nak kat awak kan....yes...memang yaya sayang kan awak...tapi tu dulu...now my heart is taken by someone,,,TQ...

AbOuT fAcEbLoG



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BEKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH.

Edit

OM114 1F





ni lah gambar-II pelajar OM114 1F...cuma 4 orang je lelaki...he3...by the way....mereka ni lah yang meriahkan suasana kelas...sorry guys...he3...tak sabar nak jumpa diaorang semua ni...

ReSuLt


hai you all semua...result final exam dah pun keluar...alhamdulillah yaya dapat 3.54...tapi ramai juga yang dapat lebih tinggi daripada yaya...yaya nak jugak dapat pointer tinggi...jealous sangat kot..huhu...yaya nak buat yang terbaik untuk semester depan...ramai juga kelas yaya dapat DL...hope yaya dapat tingkatkan lagi pencapaian yaya...kepada sesiapa yang dapat DL tu yaya nak ucapkan tahniah kat you all...and yang kurang berjaya tu jangan give up ok...you all boleh usaha lagi untuk semester depan...ok lah...tu je kot yaya nak kongsikan dengan you all hari ni...

ReAl StEeL iS tHe BeSt


hai you all...hari ni memang yaya rasa pening sangat tapi best....haha...macam mana lah tu ek...haha...blurr sekejap....haha...yaya pening bukannya apa...dah lah hari ni tak cukup tidur sebab layan si dia...tetttt..haha...pukul 7 lebih baru nak tidur...tengah sedap-sedap nak tidur kena ganggu lak dengan bunyi telefon...rasa nak biarkan je...tapi bila tengok balik...alamak...orang yang kat sekolah memandu tu yang call lak...nak tak nak kena angkat gak lah call tu...ingatkan pasal apa...rupa-rupanya dia suruh yaya hantar salinan lesen L yaya untuk booking test JPJ...dia nak pagi tu jugak...haishhh...hari lain tak boleh ke??...malas lah nak bangun...hmmm...dengan rasa malas ye yaya bangun lah then bagitau kat ibu yang nak kena pergi sekolah memandu tu jap...ibu tanya siapa nak hantar..?nak pergi sendiri motor tak ada lak..lagipun tak berani lagi...so akak lah yang hantar...so lepas dah siap mandi semua...yaya pun pergi lah dengan akak and adik...ibu tak nak ikut lak...kalau tak mesti best kan...huhu..tak pe lah kan..maybe ibu penat kot...so kiteorang pun pergi lah hantar salinan lesen L tu..then akak pergi pejabat pos dan pergi mana entah...coz yaya tunggu dalam kereta je...then pergi BP Mall..dah lah lapar giler coz tak sarapan lagi..tanya akak nak makan dulu ke apa??akak kata pergi tengok tiket wayang dulu...so kiteorang decide tengok cerita Real Steel...mula-II tu bosan lah gak...tapi dah lama tu best giler...yaya tengok wayang pun macam tengok TV kt rumah je...haha...memang giler kot yaya masa tu...after that...baru pergi beli makan..keluarkan duit jap then yaya belanja lah KFC...beli untuk makan kat rumah coz nak makan dengan ibu sekali...on the way balik tu pergi makan...yaya order rojak manis and ABC...tapi tak habis coz yaya dah pening sangat...semua rasa tak sedap...huhu...then akak suruh pergi beli makanan untuk kat rumah nanti...dah lah hujan lebat masa tu...pakai payung pun cam tak berfungsi je...habis basah baju...huh...geram betul....sampai rumah je yaya terus tidur...dah pening sangat masa tu..by the way..memang happy giler kot masa tu...thanks akak coz belanja makan and tengok wayang...he3....



a LiTtLe LoVe - FiOnA fUnG


Greatness as you

Smallest as me

You show me what is deep as sea


A little love, little kiss

A litlle hug, little gift
All of little something. these are our memories

You make me cry,
Make me smile,
Make me feel that love is true...
You always stand by my side,
I don't want to say goodbye.

You make me cry,
Make me smile,
Make me feel the joy of love.
Oh! Kissing you...
Thank you for all the love you always give to me,
Oh! I love you...

(* Repeat from the beginning * 01 time)

Yes I do, I always do...

Make me cry,
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don't want to say goodbye.

You make me cry,
Make me smile,
Make me feel the joy of love
Oh! Kissing you...
Thank you for all the love you always give to me,
Oh! I love you...

To be with you... Oh! I love you...



DoN't Be StUpId AbOuT lOvE


kadang-kadang yaya rasa sangat cemburu bila lihat pasangan yang sedang bercinta sentiasa bahagia.....tak lah macam yaya...yaya akui yang yaya sangat mencintai dia...tapi yaya tak tau sama ada dia mencintai yaya sebagaimana yaya mencintai dia...yaya takut untuk kecewa...yaya tak nak hati yaya disakiti....ibu yaya selalu berpesan kat yaya...jangan couple masa belajar....tak yah nak serious sangat bila couple ni...yaya tau...ibu selalu ingatkan yayaya supaya yaya tak kecewa dalam percintaan....lagipun ramai remaja sekarang yang terkorban kerana cinta,,,sanggup melakukan apa saja untuk membuktikan cintanya...sampai ada yang bunuh diri sebab kecewa dalam percintaan...dan ada juga gadis yang sanggup menyerahkan tubuh mereka untuk membuktikan cinta mereka kepada pasangannya....yaya tak nak jadi seperti itu...yaya tak nak terkorban sebab cinta...cinta itu akan datang dan pergi...kalau kita bercinta bertahun-tahun pun belum tentu pasangan kita itu jodoh kita...yaya akui kita akan merasa gembira apabila berada disamping pasangan kita..tapi pernah ke kita terfikir apa akan jadi bila kita ditinggalkan oleh pasangan kita...bila bercinta..kita akan lupa segala-galanya...lupa tanggungjawab pada family,pelajaran dan lupa tanggungjawab kita pada ALLAH...tapi apabila kita kecewa dalam percintaan...kita akan membuatkn family kita risau dengan keadaan kita...risau apabila melihat kita selalu bermuram....dan pelajaran kita pun terabai...jangan sebab cinta kita hilang segala-galanya...please do not be stupid for love...

BiLa LeLaKi BeTuL-BeTuL sErIuS dAlAm PeRcInTaAn


  • Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • si dia akan sentiasa menghantar sms..walaupun tak dibalas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
  • Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  • Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  • Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  • Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  • Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  • Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  • Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  • sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  • Tidak suka kamu memakai seksi...kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek...
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Dia tidak suka kamu keluar malam...tanda ingin menjaga pandangan orang terhadap kamu.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  • Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

IsI hAtIkU



sayang..
inginku luahkan segala isi hatiku kepadamu..
namun aku tak berdaya..
disini aku coretkan segalanya..
agar kau mengerti perasaanku kini..
terlebih dahulu ku ingin memohon maaf
kerana ku tak jujur denganmu
sepanjang perkenalan kita ini
maafkan aku sayang..
aku tahu diriku ini terlalu banyak kekurangan
terasa seperti diriku ini tidak layak untukmu

sayang..
aku terlalu menyayangi dan mencintaimu
tiada kata-kata yang mampu ku ucapkan
untuk membuktikan cintaku kepadamu
walaupun hatiku ini sering kau sakiti
aku cuma ingin kau sentiasa disisiku
untuk mendengar segala rintihanku
memberi dorongan dan sokongan kepadaku
di saat aku memerlukanmu
ku mohon kepadamu agar kau mempercayaiku kerna
kepercayaan itu penting dalam sebuah perhubungan
tanpa kepercayaanmu perhubungan ini akan retak
aku tak mahu perhubungan ini berakhir
kerna aku terlalu menyayangimu
tanpamu hidupku terasa kosong dan kesunyian
aku ingin mendengar gelak tawamu
dengan gelak tawamu aku akan terasa tenang
ku mohon kau jangan sesekali sakiti hatiku
jangan sesekali tinggalkanku
dan jangan sesekali menduakanku
ku mohon kau setia dan jujur denganku
walauapapun yang terjadi
kerna aku terlalu mencintaimu sayang

TiPs MeNyEmArAkKaN cInTa



1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

CiRi-CiRi SeSeOrAnG mEnCiNtAiMu


1. seseorang yang mencintai kamu tidak akan pernah memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada kamu seorang.

2. seseorang yang mencintai kamu akan selalu menerima kamu apa adanya, dimatanya kamu selalu yang tercantik/tertampan.

3. seseorang yang mencintai kamu ingin selalu tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

4. seseorang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “selamat pagi”"selamat hari minggu” “selamat malam”, walaupun kamu tidak membalas sms ye.

5. ketika kamu menyambut ulang tahun kamu dan kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan call kamu dan mengucapkan selamat atau mengirim sms.

6. seseorang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya.

7. seseorang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

8. seseorang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, mungkin meminjam CD/kaset kamu,kerana ia ingin tau kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga.

9. sekiranya kamu sakit,dia akan sering menghantar sms/call kamu kerana risau tentangmu.

10. jika kamu akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu dan tiba harinya ia akan mengirimkan sms “good luck” atau call kamu untuk memberi semangat kepadamu.

11. seseorang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tapi itu ialah suatu barang yang istimewa buat dia.

12. seseorang yang mencintai kamu akan terdiam ketika sedang berbicara ditelefon denganmu, sehingga
kamu menjadi binggung saat itu kerana dia merasa gugup.


13. seseorang yang mencintai kamu akan selalu ingin berada disampingmu dan ingin menghabiskan hari-harinya denganmu.

14. Jika suatu hari kamu harus pindah ke tempat lain untuk waktu yang lama dia akan memberikan nasihat supaya kamu berhati-hati dengan persekitaran yang akan membawa pengaruh buruk bagimu.

15. seseorang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

16. seseorang yang mencintai kamu akan sering melakukan perkara yang pelik seperti call kamu 100x dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam kerana ia sms/call kamu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.sekiranya kamu kata tindakannya membuatmu terganggu,dia akan minta maaf dan tak kan melakukannya lagi.

17. Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu maka ia akan mengajarmu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia.

18. jika kamu menghindarinya atau memberi reaksi penolakan, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupanmu walaupun hal itu membunuh hatinya kerana yang ia inginkan hanyalah kebahagiaanmu.

19. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada disana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya…………dia selalu menunggumu.

To My SwEeThEaRt



I don't always tell you
that you mean more to me
than anything....
I don't always tell you
that you brighten up
my every day...
I don't always tell you
what's in my heart...
That you're one and only love....

ErTi CiNtA sEjAtI



C-cinta itu sangat
I-indah
N-namun tak semua yang mengerti erti cinta
T-tapi setiap orang ingin dicintai dan menyintai
A-adakah kita dapat menjumpai orang yang kita cintai dan mencintai
kita??

S-sanggup bersama ketika susah dan senang
E-entahkan ada atau tidak
J-jangan biarkan hati kita disakiti oleh orang lain
A-ambil iktibar dari masa lalu
T-tentu kita akan menjumpai orang yang mencintai kita
I-itulah namanya cinta sejati...

KaSiH sAyAnG


Pada suatu hari,seorang murid bertanya kepada gurunya.Ketika itu,guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

PELAJAR:Cikgu,macam mana nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana supaya kasih sayang itu berkekalan?

CIKGU:Kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depanmu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Petik rumput yang paling cantik,bawalah ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelasnya,tiada sehelai rumput pun ditangannya.

CIKGU:Kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya cari rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

CIKGU:Itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan takkan berulang lagi.Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.Walaupun sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput....

DoA uNtUk KeKaSiH



ya Allah..
seandainya telah Engkau catatkan..
dia milikku tercipta buatku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian antara kami..
agar kemesraan itu abadi..
dan ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ke tepian yang sejahtera dan abadi..

tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan..
dia bukan milikku..
bawalah dia jauh dari pandanganku..
luputkanlah dia dari ingatanku..
dan peliharalah aku dari kekecewaan..
serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
berikanlah aku kekuatan..
melontar bayangannya jauh ke dada langit..
hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia..
walaupun tanpa bersama dengannya..
dan ya Allah yang tercinta..
gantikanlah yang telah hilang..
tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
walaupun tidak sama dengan dirinya..
ya Allah ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
sesungguhnya dengan apa yang telah Engkau takdirkan..
adalah yang terbaik buatku..
kerana Engkau yang Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

ya Allah..
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
jangan Engkau biarkan aku sendirian..
di dunia ini mahupun di akhirat..
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Amin...ya Rabbal A'lamin