Open Cbox

I'm So Sorry

I'm so sorry because of that...
I'm so sorry because i treat you like that...
I'm so sorry because what i have done to you...
I'm so sorry because i dont mean to do that...
I'm so sorry because i really afraid of loosing you...
I'm so sorry because i did not trust you...
I'm so sorry because i hurt your feeling...
I'm so sorry for everything what i've done to you...

I do all that because i love so much...
I do all that because i afraid of loosing you...
I do all that because i can't live without you...
I do all that because i want just me and you...

But i know...i've over react to you...i'm really sorry...i'm not a perfect person...but i'm loyal to you and love you...
Please forgive me...if you can't forgive me...i hope you can find a better person than me...i will wait for you..because i will never stop loving you dear...T_T

Aiz Birthday...Love You

    "Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to my dear Faizal...
Happy birthday to you..."

Yeay...!!! Hari ni dah genap umur Encik Aiz kita yang ke-21 tahun.  Say Happy Birthday to him hehehe.  Yaya nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-21 kepada Encik Aiz yang bakal menjadi imam yaya suatu hari nanti.  Insyaallah.

Ucapan Yaya untuk Aiz yang Yaya sayang ni - Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan kesihatan yang baik.  Yaya harap Aiz dapat tempuhi cabaran yang bakal mendatang dengan lebih tenang dan matang.  Semoga apa yang Aiz impikan akan menjadi kenyataan.  Amin.

Yaya akan sentiasa berada disisi Aiz di waktu susah ataupun senang.  Insyaallah.  Semoga Aiz terus tersenyum dan bahagia.  Yaya akan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk Aiz.  Yaya sayang Aiz sepenuh hati Yaya

"Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to my dear Faizal...
Happy birthday to you..."

Happy Birthday sayang...

P/S - I had something for you.  I hope that you like it.  Jangan nakal-nakal ye.  I always love you.  Yaya harap Aiz bahagia dengan Yaya. =)

Happy Birthday sayang yang ke-21...

Bersediakah Kita Untuk Melangkah Ke Alam Perkahwinan?

Actually dah lama yaya nak kongsikan tajuk ni dengan korang semua tapi yaya tak tau nak mulakan macam mana.  Untuk mengisi masa yang terluang ni so, yaya akan berkongsi tajuk ni dengan korang semua.

Bersediakah kita untuk melangkah ke alam perkahwinan?  Ni merupakan persoalan yang selalu bermain dalam fikiran yaya.  Ya lah, siapa yang tak nak berkahwin, right?  Yaya dengan Aiz selalu bercerita tentang perkahwinan, memang kami bercadang untuk mendirikan rumah tangga tapi bila yaya tanya pendapat ibu, ibu tanya soalan ni kepada yaya "yaya dah bersedia ke untuk melangkah ke alam perkahwinan ni?"  

Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling manis dalam kehidupan seseorang.  Namun, sejauh manakah persediaan kita untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang pastinya mempunyai banyak dugaan dan cabaran.

ADA ALASAN UNTUK BERKAHWIN
Kita kena ada keyakinan diri, jadi yakinkanlah diri kita mengapa kita harus mendirikan rumahtangga?  Apakah kebaikan yang akan diperolehi melalui perkahwinan itu?  Apakah kesannya kepada kita, pasangan kita dan keluarga masing-masing?  Kita harus memastikan yang kita sudah bersedia untuk berkongsi.  Kita harus terima kenyataan yang kehidupan sendiri adalah berbeza dengan kehidupan berumahtangga.  Semuanya harus dikongsi, bukan sekadar berkongsi katil, almari tapi juga berkongsi waktu perhatian, seks, kewangan dan emosi.

SEDIA UNTUK SAKIT HATI
Setiap perkara atau keputusan yang diambil pastinya akan ada risiko.  Begitu juga dengan keputusan kita untuk berkahwin.  Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing, jadi kita mesti bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita.

SEDIA UNTUK BERFIKIRAN TERBUKA
Tidak dapat kita nafikan di dalam perkahwinan pasti akan wujud masalah dan dugaan.  Kadankala ianya baik dalam memperbaiki kualiti perhubungan kita suami isteri, sebab itu adalah lebih baik untuk kita sentiasa bersiap sedia untuk berfikiran terbuka dalam bertukar fikiran agar perhubungan emosi sentiasa terjalin.

SEDIA UNTUK KOMPROMI
Kita mungkin mempunyai banyak agenda, pendapat atau apa saja perkara yang ingin kita lakukan, tetapi ingatlah akan pasangan kita.  Dia mungkin punya kesibukan, pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza dengan kita.  So, kita hendaklah memperbaiki diri dalam mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur.  Ini amat membantu perhubungan dalam perkahwinan.

Jelaslah sebagaimana yang telah disebut oleh baginda Rasulullah SAW:

"Apabila kamu sudah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agama kamu, maka sempurnakanlah lagi sebahagiannya yang lain."

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu ialah mereka yag berkahwin dengan segala pengetahuan dan amanahnya dan bukanlah mereka yang berkahwin hanya untuk memenuhi nafsunya sahaja.


P/S - Yaya berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat.  Insyaallah, kami akan melangkah ke alam perkahwinan ni bila kami sudah bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.  Mudah-mudahan Allah SWT akan permudahkan segalanya.  Amin.

_Persediaan_

      Assalammualaikum...hai semua...firstly, kepada yang sedang membaca blog ini, aiz ucapan terima kasih kerana follow dan membaca celoteh aiz dan yaya di papan blog ini...harap-harap korang sentiasa menyokong hubungan aiz dan yaya...terima kasih sekali lagi ye...^_^

     Aiz nak mohon maaf kerana aiz baru dapat update hari ni sebab aiz baru balik dari Kepong atas urusan kerja...so hari ni aiz free kebetulan pula esok aiz cuti...itu pun cuti sehari je...jadi la kan...

        Berbalik kepada topik yang aiz nk kongsi kan pada entry kali ini... "Persediaan" ...huh...mesti anda semua tertanya tanya kan...persediaan untuk apa tu?...ehee...okay, yang aiz maksudkan adalah persedian untuk melangkah ke alam perkahwinan...tidak di nafi kan perkahwinan bukanlah benda main-main ataupun perkara yang boleh dianggap remeh...ia melibatkan masa depan sesebuah pasangan untuk masa depan mereka menempuh ranjau hidup bersama sebgai suami isteri...perkahwinan juga memerlukan sebuah tanggungjawab yang besar yang harus dipikul bersama dengan matang baru lah pasangan tersebut bahagia...oleh itu, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, haruslah membuat persediaan yang rapi tidak kira sama ada bakal suami mahupun bakal isteri....

          Antara persediaan yang perlu dibuat adalah persediaan dari segi mental dan fizikal...kenapa?...okay mental harus lah disediakan kerana kita perlu bijak mengawal situasi mengguna mental untuk mengelakkan dari emosi mengawal diri kita, kemudian fizikal pula haruslah kita persiapkan untuk bakal pasangan hidup kita baru lah tiada masalah curang...ni yang paling serious...ehee...

          Persediaan kedua pula adalah ekonomi...bila dikatakan ekonomi ia melibatkan pendapatan yang perlu diambil kira untuk si bakal suami memberi nakfah kepada bakal isteri...ekonomi mesti la kukuh untuk hidup berdikari bersama orang yang akan menjadi peneman kita sepanjang hayat...bila ekonomi sesebuah pasangan itu sudah kukuh, tiada masalah akan timbul pada masa akan datang...

           Persediaan ketiga adalah ilmu agama...kerana ini adalah sangat penting oleh kerana ia adalah panduan hidup sesebuah keluarga...yang paling penting adalah persediaan ilmu untuk mendidik zuriat kita di masa akan datang....

          Persediaan keempat belajar bertanggugjawab...ini akan membantu pasangan serba sedikit untuk menangani masalah dengan matang...kerana bila kita bertangunggjawab maka secara tidak langsungnya kita akan berfikiran matang dan jauh...boleh dipelajari dari orang yang sudah berpenglaman dalam alam rumah tangga seperti parents kita atau sahabat yang sudah berkeluarga....
.
            Persediaan kelima iaitu silaturrahim antara keluarga....kerana bila kita mengahwini seseorang, secara tidak langsung keluarga kita akan menjadi keluarganya dan keluarganya akan menjadi keluarga kita...ini sangat penting dalam mencapai keharmonian rumah tangga....

          Persediaan yang terakhir adalah anda dan pasangan anda....kita haruslah berbincang dengan pasangan kita apa yang perlu untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga yang bakal ditempuhi bersama...macam aiz dan yaya sekarang...kami sering berbincang antara kami tentang alam perkahwinan yang bakal kami jejaki...insyaallah...kami sedang menyediakan diri...aiz sedang berusaha menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin keluarga dan sedang berusaha untuk mengumpul mahar yang telah dibincangkan dengan yaya...ehee...yaya pun sedang mempersiapkan diri sebagai isteri yang terbaik untuk aiz...kami harap segala perancangan dipermudahkan...kerana kita hanya mampu merancang...ALLAH yang menentukan segala-galanya...insyaallah aiz akn berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk yaya yang aiz sayang...

          Persediaan sebelum perkahwinan amat penting sebab kita bukan nak hidup dengan pasangan kita sehari dua...tetapi insyaallah untuk selamanya hingga ke jannah...kepada bakal makmum aiz...iaitu the only one Nurul Hidayah Razani...aiz harap kita akan bahagia dan kita dapat mengharungi liku kehidupan sebagai keluarga yang bahagia hingga ke jannah...aiz harap sangat yaya dapat terima aiz seadanya...segala kekurangan dari aiz...aiz harap yaya dapat bersabar dengan kerenah aiz...

       Sesungguhnya mendirikan masjid adalah perkara yang sangat mulia di sisi ALLAH...didalam masjid yang bakal didirikan terdapat bermacam dugaan...jadi perlulah di tangani dengan bijak dan sabar...jangan sampai runtuh masjid yang susah untuk di dirikan...Kerana perkara yang halal tetapi paling ALLAH murka adalah talak...ingat tu...kepada bakal yang mendirikan masjid...semoga bahagia hendaknya...

      Sampai disini sahaja yang aiz dapat kongsi kan...harap dapat lah membantu serba sedikit...kerana yang baik itu datang dari ALLAH...yang buruk itu datang dari aiz...sekian...wabillahitaufiq wal hidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

         Insyaallah bila tiba hari aiz dan yaya di satu kan...kami akan menjemput anda semua...ehee...harap dapat hadir ye...aiz akan wat yang terbaik untuk masa depan aiz dan yaya...doa kan kami ye...semoga anda semua sihat hendaknya dan di berkati oleh ALLAH...

    Okay lah...sampai sini sahaja pada kali ini...sebab aiz nak berehat...penat sangat ni...besok aiz nak keluar dengan yaya untuk bincang dengan lebih jauh lagi...lagi pun aiz dah rindu dengan yaya...ehee...bye-bye..selamat malam semua...

P/s: yaya...kita jumpa esok ye...aiz rindu dengan yaya...rindu berat ni...ehee...aiz sayang yaya...tunggu aiz datang ye...ehee...selamat malam bakal makmum ku...

                             "MFA & NHR forever"

          Assalammualaikum...selamat maju jaya

Rindu

       Hai semua...aiz di sini...aiz tengah cuti...so ad la masa untuk mencorat - coret kat sini...tapi esok dah naik kerja balik...cuti 2 hari je...nasib baik sempat date dengan yaya masa birthday dye...ehee...

       Entry kali ni seperti title kat atas tu "RINDU"...tipu lah kalau ada orang tidak pernah ada atau menrasakan perasaan ini...betul tak???...

        Bila ada perasaan kasih, cinta & sayang...mesti terdetik perasaan rindu di hati bila berjauhan dengan someone yang special dalam hidup anda semua...macam yang aiz tngah lalui sekarang ni... 
-_-...

        Aiz sebenarnya rindukan yaya...aiz kalo boleh tak nak berjauhan dengan yaya...tapi..inilah takdir nama nya...so aiz bersabar dan kuat kan semangat untuk mengumpul wang untuk menjadikan yaya yang halal buat aiz...barulah boleh tengok yaya depan mata lama-lama...ehee...

        Ini lah rindu...rindu yang berdasarkan perasaan sayang yang teramat kuat...rindu yang berat mennandakan cinta yang kuat...ehee...korang pula rindukan siapa ye?...ehee....

           Yaya...aiz rindukan yaya sangat-sangat...kalau boleh aiz nak yaya berada di sisi aiz selalu...aiz sayang dan cintakan yaya sangat...^_^...

          Kenangan indah kita yang menjadi mainan minda tatkala merindui sang pari-pari yang jauh di mata tapi dekat di hati...

           Yaya...nanti saya free...kita hang out sama-sama ya...^_^
Sbb sy x sggup menanggung rindu ni lame-lame...boleh mental di buatnye...uhuu...-_-

            Aiz harap yaya jaga diri yaya kat sane ye...jaga kesihatan yaya...jangan nakal2...pemakanan yaya pn kne jaga ye...aiz sayang yaya selamanya...



P/s: yaya...aiz rindu sangat kat yaya...yaya pn msti rindukn aiz...aiz hrap...kte dpt tempuh sme2 ye sayang... <3 u always...

                     "MFA & NHR forever..."

Yaya sweet twenty

Hai semua...lame rase nye aiz tak update blog ni...ehee...aiz sibuk dengan kerja aiz...lagi pun ke belakangan ni aiz selalu out station....dan banyak lagi perkara aiz kena uruskan...maklum lah, aiz kene kerja lebih sedikit untuk persiapan yang akan merubah status bujang aiz dan cik yaya ni...ehee...

anda semua ape khabar??...aiz harap semua sihat...dengan kesempatan ini...aiz nak ucapkan Selamat menyambut Aidiladha dan selamat bercuti...cuti anda semua macam mane?...ehee... Untuk kali ni aiz nak cerita berkaitan dengan cik yaya ni...hari ni, adalah hari lahir nye yang ke 20 tahun...aiz nak ucapkan selamat hari lahir kepada cik yaya yang bakal menjadi peneman aiz dunia akhirat insyaallah...ehee...

Aiz harap di usia cik yaya kita yang menjelang 20thun ni dapat mennaikan lagi semangat nye untuk merialisasikan impian nye...dan aiz harap...cik yaya sayang kan aiz seperti mana aiz sayang n setia pada cik yaya...ehee...

Cik yaya dah dewasa sekarang...so, aiz harap yaya dapat menempuh cabaran yang bakal mendatang bersama - sama dengan aiz...ehee...semoga yaya terus tersenyum dan bahagia...aiz akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk yaya...aiz sayang yaya sepenuh hati aiz...

" Happy birthday to you...
  Happy birthday to you...
  Happy birthday to yaya...
  Happy birthday to you... "

Happy birthday sayang...semoga yaya bahagia dengan aiz....

P/s : yaya...jga hadiah dari aiz baik-baik ye...jangan nakal-nakal...aiz sayang yaya selamanya... ^_^

Perkahwinan?


Hai semua.  Apa khabar?  Yaya harap semua sihatlah ye.  Firstly yaya nak minta maaf sebab yaya dah lama tak update blog yaya ni sebab yaya tengah exam sekarang ni, En. Aiz pun busy dengan kerja dia.

So, hari ni yaya nak bercerita tentang perkahwinan.  Bila dah masuk alam umur 20 an ni, semua orang tengah sibuk fikir ke alam perkahwinan.  Lagi-lagi orang perempuan.  Yaya pun tak terkecuali daripada memikirkan hal perkahwinan ni.

Bila fikir tentang perkahwinan ni, banyak perkara yang bermain dalam fikiran yaya sekarang.  Bila yaya keluar dengan En. Aiz kita ni, ada juga kami bincang tentang perkahwinan.  Yaya akui yang yaya ni banyak sangat kekurangan dalam diri yaya.  Nasib baik En. Aiz ni boleh sabar bila yaya buat perangai.  Bukan apa, yaya ni suka dengki dia then suka merajuk.

Hopefully hubungan yaya dengan dia akan berkekalan.  Now, kami memang tengah dalam perancangan untuk ke step yang seterusnya.  Insyaallah, kalau dah tertulis dia adalah jodoh yaya.  Allah S.W.T. akan memudahkan segala urusan kami.  Cuma yaya harapkan doa daripada kalian semua.  

Harapan?  Yaya tak nak letak harapan terlalu tinggi.  Masing-masing pernah kecewa, dan yaya tak nak semua tu berlaku lagi.  Macam yang dia kata, yang dah lepas tu biarlah lepas, tak perlu nak ingatkan lagi.  Now, i admit that i'm happy with him.  


Insyaallah yaya akan cuba jadi yang terbaik untuk bakal imam yaya.  Yaya akan sentiasa ada disisi dia untuk sama-sama mengharungi saat susah dan senang.  Yaya akan terima segala kekurangan dan kelebihan dia.  Yaya akan terima dia seadanya dan yaya akan cuba tenangkan serta bahagiakan dia.  Insyaallah.  

Kerjasama


Hai semua.  Dah lama rasanya yaya tak update blog ni kan  Sorry guys, yaya busy sikit akhir-akhir ni.  Maklumlah dah nak dekat final semester.

Continue about this topic.  Kerjasama.  Kenapa tajuk yaya tu kerjasama ye?  Ermmm...actually yaya ada rasa tak puas hati sikit.  Yaya perasan sejak akhir-akhir ni yaya buat perangai.  Actually bukan yaya tak nak bagi kerjasama dalam kumpulan yaya, cuma yaya tak puas hati kenapa dieorang semua tu just fikirkan diri sendiri je.  Yaya tau dieorang semua still duduk dalam kolej and yaya sorang je dalam group tu yang stay kat luar, but at least faham yaya.  Bila yaya kata just buat assignment tu kat library, masing-masing bagi alasan.  Malas nak bawa laptop lah.  Ermmm...yaya suruh buat kat library sebab nanti tak adalah yaya nak balik jauh sangat and yaya rasa kira adil kalau buat kat library, kiranya masing-masing keluar untuk pergi satu tempat.  Lately yaya selalu sangat tak sihat, so boleh faham tak dengan keadaan yaya.  And now dieorang semua salahkan yaya sebab yaya tak bagi kerjasama.

Sorry, yaya bukan macam dulu lagi.  Yaya dah tak boleh nak sabar.  Yaya dah tak kisah apa orang nak cakap pasal yaya sekarang ni.  Selama ni yaya diam tapi dieorang semua tak pernah nak faham yaya.  Dieorang nak yaya faham dieorang tapi bila yaya senyap, dieorang semakin melampau.  

p/s - i'm sorry again.

About Today

hai...aiz disini...anda semua apa khabar?...harap-harap sihat la hendaknya...
dah puas beraya ke belum?...pasti ada lagi diantara anda semua belum habis beraya lagi kan...
okay la...kepada cik yaya...sy ucapkan tahniah kepada cik yaya yang telah menerima anugerah dekan...
harap-harap sem akhir pun dapat la lagi ye....insyaallah...sama-sama kite doakan kejayaan cik yaya...^_^
okay kite ke tajuk utama kite,,ehee..aiz nk share sikit bagaimana perasaan aiz di temu duga dengan 11 orang  ahli lembaga pengarah KKM...fuhh...nervous tak payah cakap la...memang nervous sangat...
aiz sampai ke tempat temu duga SPA pada jam 9:03 am...awal lebih kurang satu jam dari waktu interview...sesudahnya aiz park kereta aiz...aiz terus melangkah ke tempat menunggu..rupanya ada yang lebih awal dari aiz...ehee...masa melangkah je msuk pejabat tu terus berpeluh...nervous sangat sebab ni first time aiz temu duga secara formal macam ni..aiz tetap kuat kan semangat..
dalam menunggu tu aiz study sikit maklum la, malam tadi tak sempat nak stdy,,,penat di tambah pule dengan mengantok...ehee...ape boleh buat...nasib badan..ehee..setelah panas pungung ni menunggu dengan perasaan gundah gulana...akhirnya tiba giliran aiz untuk masuk ke bilik temu duga..bermula dengan bismillah...sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu bilik tu..terkedu bila melihat lembaga pengarah KKM...aiz rase nak patah balik pun ada tapi aiz tarik nafas dan berani kan diri...
Alhamdulillah...aiz dapat menjalani temu duga tadi dengan baik..cuma tunggu keputusan dari lembaga pengarah KKM...maybe...ambil masa seminggu rsenye...Insyaallah...mudah mudahan aiz berjaya...
aminnnn...
temu duga aiz tamat pada pkul 11:00 am...aiz trus bergerak pulang ke rumah...cerita pasal nervous...sebenarnya...cik yaya pun nervous hari ni...sampai menggigil katenye,,,kesian dia....by the way tahniah kepada cik yaya sebab berjaya memberani kan diri membuat presentation di hadapan kelas....ehee...
itulah cerita kami pada hari ini...ehee,,
about the last post yang cik yaya post hari tu...thats right...aiz dan yaya...adalah partner dan kami saling mencintai antara satu sama lain...sekarang kami sedang belajar berkongsi...sebagai permulaan blog ni tempat kami berkongsi...Insyaallah...kami akan bersatu di masa akan datang...doa kan aiz dan yaya ye...



p/s : cik yaya...aiz syg yaya sepenuh hati aiz....aiz akan setia bersama yaya....
we will always together...^_^

Anugerah Dekan Sesi Disember 2012 - April 2013


Selamat tengahari semua.  Hari ni sempat update blog sementara menunggu mood datang untuk buat segala assignment dan study untuk test minggu depan.  Yaya susah sikit nak study kalau tak ada mood hehehe.  

Berbalik pada tajuk asal, pada 21 dan 22 Ogos 2013, telah berlangsung satu majlis dimana untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah mendapat anugerah dekan pada sesi Disember 2012 - April 2013.  Alhamdulillah, yaya dapat peluang untuk jadi diantara pelajar-pelajar tersebut.  Kiranya ni kali ke-2 yaya dapat peluang untuk menjadi pelajar yang mendapat anugerah dekan pada sesi tersebut.  Selama 4 semester yaya telah berada kat UiTM ni, yaya jatuh dan bangun kembali.  Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yaya kerana mereka selalu bagi sokongan dan dorongan kepada yaya tanpa rasa jemu.  Semester ni adalah semester akhir untuk yaya.  InsyaAllah yaya akan cuba buat yang terbaik untuk semester akhir ni.  Doakan kejayaan yaya ye.

Lastly, yaya sertakan gambar-gambar selepas anugerah dekan tersebut.










p/s - Alhamdulillah.  Ni adalah hadiah untuk ibu, ayah dan adik beradik.  InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk semester akhir ni.  doakan kejayaan saya ye.  Thanks a lot to all my family members, lecturers and all my friends.

About My Partner @ My Love


Selamat petang semua.  Yaya minta maaf sebab yaya dah lama tak update blog yaya ni.  Dah berhabuk dah hehehe.  Apa khabar semua?  Yaya harap semua sihat.  Sejak akhir-akhir ni yaya agak sibuk sikit dengan assignment dan test.  Memang tak sempat nak update blog ni.

Mesti korang semua dah baca post yang bertajuk "Salam perkenalan dari Aiz" kan?  Aiz tu partner @ my love yaya sekarang ni.  Kiranya sekarang yaya dengan dia berkongsi blog.  Belajar berkongsi dengan dia hehehe.  Alhamdulillah sebab Allah telah pertemukan yaya dengan dia.  Hubungan kiteorang pun still baru lagi tapi dia adalah segalanya bagi yaya.  Dia yang selalu ada dengan yaya bila yaya susah dan senang.  Dia selalu temankan yaya bila yaya buat assignment.  Dia yang selalu dengar yaya membebel.  Dia selalu jadi mangsa cubit yaya hehehe.  Hope dia sabar dengan perangai yaya ni.  Anyway yaya suka bila dia nyanyi lagu "Good morning" untuk yaya.  Tersenyum yaya bila bangun tidur hehe.  Doakan yang terbaik untuk hubungan kiteorang ye.



p/s - kepada En. Aiz.  Saya sayang sangat kat awak.

Salam perkenalan dari "aiz"


Terlebih dahulu sy ingin memperkenalkan diri sy...sy adlah second owner kepada blog ni...so this post will be my first post...okay..done..
firstly my name is Mohamad Faizal bin Abdullah...but you can call me "aiz"...
sy dipertanggungjawabkan oleh cik yaya...untuk brkongsi blog dgannye...
pasti ramai yg tertanya - tanya kn...
sebenarnya aiz n yaya dh together gether....kami dh offically declare as couple...
and Insyaallah akn proceed to the next step...
doakan kami ye...^_^

Okay, cukuplah untuk intro tu,,,
nnti cik yaya akn sambung lah tu nnti ye...ehee
hari ni aiz nak berkongsi sedikit motivation untuk pembaca yang matanye sedang meliar tu...ehee...
so, kebnyakkan anda diluar sana..pasti ada yg pernah lalui benda ni..
cuba teka??...ehee...curious kn...ehee..
okay...benda tu adalah kegagalan...
kegagalan sering menghantui manusia...sbb setiap ape yg dilakukan pasti ad cabaran...
bila adanye cabaran pasti ad percubaan..
so..kite semua tak perlu takut untuk mncuba kerana setiap kegagalan dipenghujung nye ad kejayaan...
percayakan diri, baiki kelemahan, berfikiran positif dan usaha dengan penuh semangat...
itu semua...adalah kunci kejayaan dripada kegagalan...
bangkit...ayuh...buang jauh rase takut dan putus asa...
cuba...cuba...dan teruskan mencuba..
sehingga berjaya dalam apa jua yg anda lakukan...
kemudian berserah kepada ALLAH...
kerana dia tidak akan memberi jika kita tidak meminta...
selamat maju jaya aiz ucapkan okay...

aiz harap sedikit sebanyak...coretan aiz ni dpat lah mmbangkitkan semangat anda semua..
sekian sahaja daripada aiz...wish korang good luck dlam hdup...
kepada cik yaya...terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada aiz ye...

wabillahi taufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t
ni lah pic aiz...
salam perkenalan semua...^_^

Diari Seorang Isteri

Assalamualaikum...
Aduh….. sakitnyer….. isk….. aduuh….. Bang sakit nya tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri. “Apelah awak ini….. lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu” rungut Zakri pada Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1½ jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena di hati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari….. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas di pipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran….. “Come on Nisa u can do it….. one more…..” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar….. “Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah Zakri, it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak .
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega….. tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.
Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena.
Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa mengandung.
Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung….. Nisa dah 2 bulan….. Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga, Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri.
Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. “Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?” soal Nisa pada Zakri. “Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula” Zakri menempelak Nisa. “Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi. “abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa Abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah takkan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu.
Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis.
Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. “Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau ini, tau tak.
Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri. “Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh….. heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni” kutuk Zakri lagi pada Nisa. “Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum -hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri. “Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya.
Mereka lahirkan saya ke dunia” ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.
Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput….. macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senanglah, lagak kayalah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula….. bila Nisa balik ke rumah kami berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh….. Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami.
Kasihan Nisa….. dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding….. Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.
Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya, “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, “ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keraskan” kata Nisa pada Zakri.
Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut pula hujan nanti” desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, suka hati akulah nak pergi malam ke, siang ke tak pergi langsung ke” marah Zakri. “Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja” Nisa memberitahu Zakri.
Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian….. terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. “YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya.
Nisa memencilkan diri Nisa di sudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak….. berdenyut²….. “Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet, Treet, Treet….. bunyi handphone Zakri. “Sapa pula ini sebok saja…..” Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafĂ©. “Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
“Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, a, ha, ha” gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. “Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia” cetus hati Azlan. “Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau….. mereka perlukan kita masa tu….. nyawa mereka di hujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.
“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba. “Suka hati kaulah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet….. bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri.
“Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri…..” panggilan kecemasan dari Doktor Johari. “Iye ke, teruk ke dia Johari, okay I datang…..” tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. “Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri…..” ajak Zakri pada Lan. “Hah, tadi kau kata bini kau sihat” tanya Lan pada Zakri.
“Alah jom lah cepat” desak Zakri. “Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau….. terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri.
Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya….. dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk….. tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….. baginya Nisa mengada-ngada….. saja buat sakit untuk minta simpati….. tetapi sebaliknya….. Zakri hanya diam….. “YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…..
“Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.
Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa….. “YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering….. membuat Zakri tertarik untuk membacanya…..
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang….. “SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA” Assalamu’alaikum.
Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang….. Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahukan….. Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa….. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin….. Abang panggil Nisa AYANG….. terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa macam tu….. walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa? Abang….. mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang….. Danial dan Dania.
Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka.
Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka….. Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa….. tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini.
Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang….. Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa.
Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang….. Dania mengikut raut muka Abang….. sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa….. Ibunya….. sejuk perut Nisa mengandungkan mereka.
Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada di sisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Assalamu’alaikum terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa
“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa,Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abang, Nisa. Zakri longlai dan diari di tangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DI SAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk di lantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya….. setiap perbuatannya….. seperti wayang jelas terpampang….. kenapalah sampai begini jadinya….. kejamnya aku….. Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba di rumah suasana amat memilukan.
Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. “Nisa, Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.
Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya….. meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan….. YA ALLAH, kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….. ampunkan aku YA ALLAH….. akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak ke mana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri….. dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang Long, abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendong kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak….. kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah….. emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa…..”
Dipetik dari blog missfaridah

Kebahagiaan

Assalamualaikum...

Kebahagiaan.  Kebahagiaan tu ada dimana-mana je.  Sebenarnya kita yang perlu cari kebahagiaan untuk diri kita sendiri.  

Apa yang pernah berlaku dalam hidup yaya, semua tu merupakan pengalaman untuk diri yaya agar bijak dalam membuat sesuatu keputusan.  Kita tak boleh bertindak melulu untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya kita tak perlu nak merasa sedih apabila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.  Kenapa kita perlu seksa diri kita sendiri apabila melihat orang yang kita sayang sedang berbahagia?  Walhal kebahagiaan tu ada dimana-mana.  Kita yang perlu berusaha untuk mencari kebahagiaan diri kita sendiri.  Kenapa perlu rasa pelik jika orang senang dapat pengganti setelah diri dikecewakan?  Perlu ke kita sentiasa bersedih mengenangkan kisah lalu?  Kalau macam tu memang sampai bila-bila kita tak akan peroleh kebahagiaan dalam diri kita.  Just think positive.  

Alhamdulillah, dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup yaya sebelum ni.  Akhirnya Allah telah pertemukan yaya dengan seseorang yang sentiasa buat yaya tersenyum.  Dia sentiasa ada disisi yaya ketika yaya susah dan senang.  Sentiasa menggembirakan yaya.  Sentiasa buat yaya tersenyum.  Yaya bersyukur sangat.  Yaya cuma mampu berdoa agar kebahagiaan ini akan berkekalan.  InsyaAllah.  Ameen.

Speaking Test MUET



Assalamualaikum and good morning.  Actually I'm done with speaking test MUET.  I'm the first group for the speaking test in this morning.  I feel nervous and scared because I'm not prepared anything.  

I got the topic about the sportsman to attain success and my point is to have financial support from the sponsor.  Ya Allah, I got some topic that bit difficult to me to explain about it.  Seriously I can't do that.  Others candidate that same group with me do very well because they get some point that easy to elaborate.  I feel so sad and unsatisfied because I can't do better in the speaking test.  I'm not prepared anything.  My mind blank at this time.  Seriously I can't see the light.

Maybe what my mom said it's true.  I can't focus on my study because of some people that always blame me and always hurt my heart.  I can't to be agree, sad and stress because of that my study become worst.  I must to leave them that always want to hurt me.  

Now, I must to focus on my study.  Leave all things that can make me stress.  Enjoy my life.  Enjoy my study.  No need to think about others.  Life must go on.  Thanks to all my family members and my friends because always give me support and make me happy when I stress and feel unhappy with some person.  


p/s - I'm not good in English but I must to try speak in English and write in English.  Maybe someone feels that is very annoying because write in English but i want to improve my English.  Sorry if my English is not better than you.  I'm still learn to use English in writing and speaking.