Open Cbox

Selamat Hari Guru 2013


Hai semua.  Selamat pagi.  Mulakan pagi ni dengan senyuman ye. Hari ni 16/5/2013, yang merupakan Hari Guru.  Yaya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru di Malaysia.  Specially kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar dan mendidik yaya.  Yaya nak ucapkan terima kasih kepada mereka kerana tak pernah jemu untuk mendidik yaya.  Tanpa mereka siapalah yaya.  Kalau bukan dengan tunjuk ajar mereka, yaya tak akan berada di UiTM sekarang ni.  Teruskan pejuanganmu untuk mendidik anak bangsa.  Terima kasih cikgu,

  1. Tadika Kemas, Tangkak (1999)
  2. Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak, Tangkak (2000-2001)
  3. Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’, Mersing (2001-2003)
  4. Sekolah Agama Sawah Dato’, Mersing (2001-2003)
  5. Sekolah Kebangsaan Peserai, Batu Pahat (2004-2005)
  6. Sekolah Agama Peserai, Batu Pahat (2004-2005)
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Batu Pahat (2006)
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong, Muar (2006-2010)
  9. Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar (2006)
  10. UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka (2011-2013)



Result Semester 4


Selamat petang semua.  Lama yaya tak update blog ni kan.  Apa khabar semua?  Sihat?  Yaya harap semua sihat sejahtera ye.  Okay, back to the topic.  09/05/2013 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar UiTM.  Pada tarikh tu keputusan peperiksaan keluar.  Bila tiba tarikh tu, yaya rasa berdebar-debar dan takut.  Maklumlah semua tu merupakan pulangan untuk kita selepas kita berhempas pulas semasa study.

Alhamdulillah, result yaya meningkat untuk semester ni.  Alhamdulillah juga yaya dapat Dean List untuk semester ni walaupun hanya cukup-cukup makan hehehehe.  Ini merupakan kali kedua yaya dapat Dean List.  Yaya harap nexr semester akan dap yang lebih baik lagi.  Aameen.  Ni semua hasil tunjuk ajar daripada semua pensyarah yang telah mengajar yaya, berkat doa dan sokongan daripada kedua ibu dan ayah yaya,  dan juga sokongan daripada kawan-kawan.  

P/S - Anyway, tahniah untuk semua pelajar UiTM.  Ini semua adalah hasil usaha kita.  Teruskan usaha kalian untuk dapatkan yang terbaik.