Open Cbox

Bersediakah Kita Untuk Melangkah Ke Alam Perkahwinan?

Actually dah lama yaya nak kongsikan tajuk ni dengan korang semua tapi yaya tak tau nak mulakan macam mana.  Untuk mengisi masa yang terluang ni so, yaya akan berkongsi tajuk ni dengan korang semua.

Bersediakah kita untuk melangkah ke alam perkahwinan?  Ni merupakan persoalan yang selalu bermain dalam fikiran yaya.  Ya lah, siapa yang tak nak berkahwin, right?  Yaya dengan Aiz selalu bercerita tentang perkahwinan, memang kami bercadang untuk mendirikan rumah tangga tapi bila yaya tanya pendapat ibu, ibu tanya soalan ni kepada yaya "yaya dah bersedia ke untuk melangkah ke alam perkahwinan ni?"  

Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling manis dalam kehidupan seseorang.  Namun, sejauh manakah persediaan kita untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang pastinya mempunyai banyak dugaan dan cabaran.

ADA ALASAN UNTUK BERKAHWIN
Kita kena ada keyakinan diri, jadi yakinkanlah diri kita mengapa kita harus mendirikan rumahtangga?  Apakah kebaikan yang akan diperolehi melalui perkahwinan itu?  Apakah kesannya kepada kita, pasangan kita dan keluarga masing-masing?  Kita harus memastikan yang kita sudah bersedia untuk berkongsi.  Kita harus terima kenyataan yang kehidupan sendiri adalah berbeza dengan kehidupan berumahtangga.  Semuanya harus dikongsi, bukan sekadar berkongsi katil, almari tapi juga berkongsi waktu perhatian, seks, kewangan dan emosi.

SEDIA UNTUK SAKIT HATI
Setiap perkara atau keputusan yang diambil pastinya akan ada risiko.  Begitu juga dengan keputusan kita untuk berkahwin.  Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing, jadi kita mesti bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita.

SEDIA UNTUK BERFIKIRAN TERBUKA
Tidak dapat kita nafikan di dalam perkahwinan pasti akan wujud masalah dan dugaan.  Kadankala ianya baik dalam memperbaiki kualiti perhubungan kita suami isteri, sebab itu adalah lebih baik untuk kita sentiasa bersiap sedia untuk berfikiran terbuka dalam bertukar fikiran agar perhubungan emosi sentiasa terjalin.

SEDIA UNTUK KOMPROMI
Kita mungkin mempunyai banyak agenda, pendapat atau apa saja perkara yang ingin kita lakukan, tetapi ingatlah akan pasangan kita.  Dia mungkin punya kesibukan, pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza dengan kita.  So, kita hendaklah memperbaiki diri dalam mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur.  Ini amat membantu perhubungan dalam perkahwinan.

Jelaslah sebagaimana yang telah disebut oleh baginda Rasulullah SAW:

"Apabila kamu sudah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agama kamu, maka sempurnakanlah lagi sebahagiannya yang lain."

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu ialah mereka yag berkahwin dengan segala pengetahuan dan amanahnya dan bukanlah mereka yang berkahwin hanya untuk memenuhi nafsunya sahaja.


P/S - Yaya berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat.  Insyaallah, kami akan melangkah ke alam perkahwinan ni bila kami sudah bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.  Mudah-mudahan Allah SWT akan permudahkan segalanya.  Amin.

_Persediaan_

      Assalammualaikum...hai semua...firstly, kepada yang sedang membaca blog ini, aiz ucapan terima kasih kerana follow dan membaca celoteh aiz dan yaya di papan blog ini...harap-harap korang sentiasa menyokong hubungan aiz dan yaya...terima kasih sekali lagi ye...^_^

     Aiz nak mohon maaf kerana aiz baru dapat update hari ni sebab aiz baru balik dari Kepong atas urusan kerja...so hari ni aiz free kebetulan pula esok aiz cuti...itu pun cuti sehari je...jadi la kan...

        Berbalik kepada topik yang aiz nk kongsi kan pada entry kali ini... "Persediaan" ...huh...mesti anda semua tertanya tanya kan...persediaan untuk apa tu?...ehee...okay, yang aiz maksudkan adalah persedian untuk melangkah ke alam perkahwinan...tidak di nafi kan perkahwinan bukanlah benda main-main ataupun perkara yang boleh dianggap remeh...ia melibatkan masa depan sesebuah pasangan untuk masa depan mereka menempuh ranjau hidup bersama sebgai suami isteri...perkahwinan juga memerlukan sebuah tanggungjawab yang besar yang harus dipikul bersama dengan matang baru lah pasangan tersebut bahagia...oleh itu, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, haruslah membuat persediaan yang rapi tidak kira sama ada bakal suami mahupun bakal isteri....

          Antara persediaan yang perlu dibuat adalah persediaan dari segi mental dan fizikal...kenapa?...okay mental harus lah disediakan kerana kita perlu bijak mengawal situasi mengguna mental untuk mengelakkan dari emosi mengawal diri kita, kemudian fizikal pula haruslah kita persiapkan untuk bakal pasangan hidup kita baru lah tiada masalah curang...ni yang paling serious...ehee...

          Persediaan kedua pula adalah ekonomi...bila dikatakan ekonomi ia melibatkan pendapatan yang perlu diambil kira untuk si bakal suami memberi nakfah kepada bakal isteri...ekonomi mesti la kukuh untuk hidup berdikari bersama orang yang akan menjadi peneman kita sepanjang hayat...bila ekonomi sesebuah pasangan itu sudah kukuh, tiada masalah akan timbul pada masa akan datang...

           Persediaan ketiga adalah ilmu agama...kerana ini adalah sangat penting oleh kerana ia adalah panduan hidup sesebuah keluarga...yang paling penting adalah persediaan ilmu untuk mendidik zuriat kita di masa akan datang....

          Persediaan keempat belajar bertanggugjawab...ini akan membantu pasangan serba sedikit untuk menangani masalah dengan matang...kerana bila kita bertangunggjawab maka secara tidak langsungnya kita akan berfikiran matang dan jauh...boleh dipelajari dari orang yang sudah berpenglaman dalam alam rumah tangga seperti parents kita atau sahabat yang sudah berkeluarga....
.
            Persediaan kelima iaitu silaturrahim antara keluarga....kerana bila kita mengahwini seseorang, secara tidak langsung keluarga kita akan menjadi keluarganya dan keluarganya akan menjadi keluarga kita...ini sangat penting dalam mencapai keharmonian rumah tangga....

          Persediaan yang terakhir adalah anda dan pasangan anda....kita haruslah berbincang dengan pasangan kita apa yang perlu untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga yang bakal ditempuhi bersama...macam aiz dan yaya sekarang...kami sering berbincang antara kami tentang alam perkahwinan yang bakal kami jejaki...insyaallah...kami sedang menyediakan diri...aiz sedang berusaha menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin keluarga dan sedang berusaha untuk mengumpul mahar yang telah dibincangkan dengan yaya...ehee...yaya pun sedang mempersiapkan diri sebagai isteri yang terbaik untuk aiz...kami harap segala perancangan dipermudahkan...kerana kita hanya mampu merancang...ALLAH yang menentukan segala-galanya...insyaallah aiz akn berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk yaya yang aiz sayang...

          Persediaan sebelum perkahwinan amat penting sebab kita bukan nak hidup dengan pasangan kita sehari dua...tetapi insyaallah untuk selamanya hingga ke jannah...kepada bakal makmum aiz...iaitu the only one Nurul Hidayah Razani...aiz harap kita akan bahagia dan kita dapat mengharungi liku kehidupan sebagai keluarga yang bahagia hingga ke jannah...aiz harap sangat yaya dapat terima aiz seadanya...segala kekurangan dari aiz...aiz harap yaya dapat bersabar dengan kerenah aiz...

       Sesungguhnya mendirikan masjid adalah perkara yang sangat mulia di sisi ALLAH...didalam masjid yang bakal didirikan terdapat bermacam dugaan...jadi perlulah di tangani dengan bijak dan sabar...jangan sampai runtuh masjid yang susah untuk di dirikan...Kerana perkara yang halal tetapi paling ALLAH murka adalah talak...ingat tu...kepada bakal yang mendirikan masjid...semoga bahagia hendaknya...

      Sampai disini sahaja yang aiz dapat kongsi kan...harap dapat lah membantu serba sedikit...kerana yang baik itu datang dari ALLAH...yang buruk itu datang dari aiz...sekian...wabillahitaufiq wal hidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

         Insyaallah bila tiba hari aiz dan yaya di satu kan...kami akan menjemput anda semua...ehee...harap dapat hadir ye...aiz akan wat yang terbaik untuk masa depan aiz dan yaya...doa kan kami ye...semoga anda semua sihat hendaknya dan di berkati oleh ALLAH...

    Okay lah...sampai sini sahaja pada kali ini...sebab aiz nak berehat...penat sangat ni...besok aiz nak keluar dengan yaya untuk bincang dengan lebih jauh lagi...lagi pun aiz dah rindu dengan yaya...ehee...bye-bye..selamat malam semua...

P/s: yaya...kita jumpa esok ye...aiz rindu dengan yaya...rindu berat ni...ehee...aiz sayang yaya...tunggu aiz datang ye...ehee...selamat malam bakal makmum ku...

                             "MFA & NHR forever"

          Assalammualaikum...selamat maju jaya

Rindu

       Hai semua...aiz di sini...aiz tengah cuti...so ad la masa untuk mencorat - coret kat sini...tapi esok dah naik kerja balik...cuti 2 hari je...nasib baik sempat date dengan yaya masa birthday dye...ehee...

       Entry kali ni seperti title kat atas tu "RINDU"...tipu lah kalau ada orang tidak pernah ada atau menrasakan perasaan ini...betul tak???...

        Bila ada perasaan kasih, cinta & sayang...mesti terdetik perasaan rindu di hati bila berjauhan dengan someone yang special dalam hidup anda semua...macam yang aiz tngah lalui sekarang ni... 
-_-...

        Aiz sebenarnya rindukan yaya...aiz kalo boleh tak nak berjauhan dengan yaya...tapi..inilah takdir nama nya...so aiz bersabar dan kuat kan semangat untuk mengumpul wang untuk menjadikan yaya yang halal buat aiz...barulah boleh tengok yaya depan mata lama-lama...ehee...

        Ini lah rindu...rindu yang berdasarkan perasaan sayang yang teramat kuat...rindu yang berat mennandakan cinta yang kuat...ehee...korang pula rindukan siapa ye?...ehee....

           Yaya...aiz rindukan yaya sangat-sangat...kalau boleh aiz nak yaya berada di sisi aiz selalu...aiz sayang dan cintakan yaya sangat...^_^...

          Kenangan indah kita yang menjadi mainan minda tatkala merindui sang pari-pari yang jauh di mata tapi dekat di hati...

           Yaya...nanti saya free...kita hang out sama-sama ya...^_^
Sbb sy x sggup menanggung rindu ni lame-lame...boleh mental di buatnye...uhuu...-_-

            Aiz harap yaya jaga diri yaya kat sane ye...jaga kesihatan yaya...jangan nakal2...pemakanan yaya pn kne jaga ye...aiz sayang yaya selamanya...



P/s: yaya...aiz rindu sangat kat yaya...yaya pn msti rindukn aiz...aiz hrap...kte dpt tempuh sme2 ye sayang... <3 u always...

                     "MFA & NHR forever..."

Yaya sweet twenty

Hai semua...lame rase nye aiz tak update blog ni...ehee...aiz sibuk dengan kerja aiz...lagi pun ke belakangan ni aiz selalu out station....dan banyak lagi perkara aiz kena uruskan...maklum lah, aiz kene kerja lebih sedikit untuk persiapan yang akan merubah status bujang aiz dan cik yaya ni...ehee...

anda semua ape khabar??...aiz harap semua sihat...dengan kesempatan ini...aiz nak ucapkan Selamat menyambut Aidiladha dan selamat bercuti...cuti anda semua macam mane?...ehee... Untuk kali ni aiz nak cerita berkaitan dengan cik yaya ni...hari ni, adalah hari lahir nye yang ke 20 tahun...aiz nak ucapkan selamat hari lahir kepada cik yaya yang bakal menjadi peneman aiz dunia akhirat insyaallah...ehee...

Aiz harap di usia cik yaya kita yang menjelang 20thun ni dapat mennaikan lagi semangat nye untuk merialisasikan impian nye...dan aiz harap...cik yaya sayang kan aiz seperti mana aiz sayang n setia pada cik yaya...ehee...

Cik yaya dah dewasa sekarang...so, aiz harap yaya dapat menempuh cabaran yang bakal mendatang bersama - sama dengan aiz...ehee...semoga yaya terus tersenyum dan bahagia...aiz akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk yaya...aiz sayang yaya sepenuh hati aiz...

" Happy birthday to you...
  Happy birthday to you...
  Happy birthday to yaya...
  Happy birthday to you... "

Happy birthday sayang...semoga yaya bahagia dengan aiz....

P/s : yaya...jga hadiah dari aiz baik-baik ye...jangan nakal-nakal...aiz sayang yaya selamanya... ^_^

Perkahwinan?


Hai semua.  Apa khabar?  Yaya harap semua sihatlah ye.  Firstly yaya nak minta maaf sebab yaya dah lama tak update blog yaya ni sebab yaya tengah exam sekarang ni, En. Aiz pun busy dengan kerja dia.

So, hari ni yaya nak bercerita tentang perkahwinan.  Bila dah masuk alam umur 20 an ni, semua orang tengah sibuk fikir ke alam perkahwinan.  Lagi-lagi orang perempuan.  Yaya pun tak terkecuali daripada memikirkan hal perkahwinan ni.

Bila fikir tentang perkahwinan ni, banyak perkara yang bermain dalam fikiran yaya sekarang.  Bila yaya keluar dengan En. Aiz kita ni, ada juga kami bincang tentang perkahwinan.  Yaya akui yang yaya ni banyak sangat kekurangan dalam diri yaya.  Nasib baik En. Aiz ni boleh sabar bila yaya buat perangai.  Bukan apa, yaya ni suka dengki dia then suka merajuk.

Hopefully hubungan yaya dengan dia akan berkekalan.  Now, kami memang tengah dalam perancangan untuk ke step yang seterusnya.  Insyaallah, kalau dah tertulis dia adalah jodoh yaya.  Allah S.W.T. akan memudahkan segala urusan kami.  Cuma yaya harapkan doa daripada kalian semua.  

Harapan?  Yaya tak nak letak harapan terlalu tinggi.  Masing-masing pernah kecewa, dan yaya tak nak semua tu berlaku lagi.  Macam yang dia kata, yang dah lepas tu biarlah lepas, tak perlu nak ingatkan lagi.  Now, i admit that i'm happy with him.  


Insyaallah yaya akan cuba jadi yang terbaik untuk bakal imam yaya.  Yaya akan sentiasa ada disisi dia untuk sama-sama mengharungi saat susah dan senang.  Yaya akan terima segala kekurangan dan kelebihan dia.  Yaya akan terima dia seadanya dan yaya akan cuba tenangkan serta bahagiakan dia.  Insyaallah.