Open Cbox

KEBAHAGIAAN

              Assalammualaikum...hi semua...dah lama rasanya aiz tak update kan....maklumlah aiz sibuk sikit kebelakangan ni....mencari nafkah Dan rezeki sambil belajar memikul tanggungjawab seorang ketua keluarga...hahahaha....aiz dan kesayangan aiz hampir melabuhkan tirai bujang kami...anda bila lagi?....anyway aiz harap korang yang tengah membaca sambil menyarap atau terlentang enjoy dengan hidup korang dan seronok membaca entry kali ni....

              Entry kali ni, aiz nak berkongsi sedikit tentang "kebahagian" ...sebenarnya ramai sangat yang tahu dan mereka umpama dapat merasakan apa itu kebahagiaan....tapi silap...bukan semudah itu...alamak deep pulak...ehee...kalau anda semua tak percaya....cube fikir sebentar....adakah duit dan harta boleh membuat kita bahagia?...sesetengah manusia akan katakan yes...tetapi sesetengah pula no....tapi hakikatnya ataupun realistiknya....kebahagiaan adalah bukan material...tetapi...bukan juga pasangan tetapi...kebahagiaan sebenarnya adalah....sesuatu perasaan ada dan bukan kekal cuma dtg sekali sekala sahaja pada orang yang tidak tahu dan tidak sedar ape sebenarnya kebahagiaan....

               Deep sangatkan....hahahaha....sebenarnya tak adalah complicated mana...cuma perasaan selfish, ego, materialistic, hipokrit, dan yang sewaktu dengannya menjadi tembok kepada kebahagiaan terhadap diri sendiri...dalam bahasa mudahnya adalah makanan di depan mata di atas meja tetapi sanggu menjeling ke meja sebelah....lebih kurang macam tu lah situasinya....

               Kadang-kadang orang yang ada dihadapan kita adalah kebahagiaan kita tetapi kita lari jauh mengejar keperitan sedangkan kita sudah ada kebahagiaan di sisi kita....itulah manusia....so, sekarang ni....buka mata luas-luas....lihat siapa yang ada di sisi kita walau dalam keadaan susah sekalipun....itulah kebahagiaan untuk diri kita....bukan yang kita duk stalker dari jauh atau ada semasa ketika kita suka je....ramai yang tak sedar sebenarnya....

               Kebahagiaan bukan datang dari rupa atau tebal poketnya kerana rupanya akan tua kelak....poketnya pula akan boleh bocor jua....kebahagiaan adalah suatu atau orang  yang datang menarik kita dari tenggelam kesuraman kepada pelangi indah ceria...walau susah ataupun senang tapi bagaikan di awang awangan rasenye.....

               So, why not korang cari kebahagiaan yang original dan bukan yang plastic surgery...hahahaha...pastikan ori okay...hahahaha....apa yang aiz ada selain family.....adalah seseorang yang bakal menemani aiz hingga ke sisa hidup aiz dan harap bersua kelak di pintu jannah....orang itu adalah... The one and only my sweetheart Nurul Hidayah binti Razani....dialah kebahagiaan yang aiz jumpa dalam perjalanan hidup aiz yang berliku liku ini....aiz dapat rasakan kebahagiaan bila aiz tenung senyuman dia...gelak tawanya....membuatkan aiz rasa bagai sedang terbang di langit ketujuh sambil tersenyum kegembiraan....

             Kebahagiaan aiz adalah bila aiz melihat yaya happy dan bahagia kerana kebahagiaan yaya adalah kebahagiaan aiz....di sini aiz mengharapkan doa daripada yang sedang membaca tu...supaya mendoakan kami selamat dan bahagia dunia dan akhirat....sampai di sini sahaja corat coret aiz....terima kasih kerana membaca.....salam syg dari aiz untuk yaya sorang je....ehee....untuk korang pulak....as salamun alaikum....take care...bye2....

P/s : pipi mok.....(o" - "o)..... c(:
          Ehee.....

My Engagement

Hai...Selamat petang.  Dah lama rasanya Yaya tak bercerita dalam blog ni kan?  Rasanya blog Yaya ni pun dah berhabuk dah.  Hehehe

Okay, hari ni Yaya nak kongsikan dengan semua tentang majlis pertunangan Yaya.  Actually, Yaya dah bertunang pada 01 August 2014.  Masa tu hari raya ke-5.  Dan pada tarikh ni juga abang Yaya bertunang.  Kiranya buat dua majlis sekali.  Lepas solat Jumaat, pihak lelaki datang rumah Yaya dan pada malamnya majlis pertunangan untuk pihak abang Yaya.  Serious masa tu memang penat sangat.  Dah tak boleh nak fikir apa.  Sekarang ni. dah sebulan dah Yaya bertunang.  Tak sempat nak kongsikan dekat blog ni.  Maklumlah Yaya dah busy dengan kerja sekarang ni.

Alhamdulillah majlis pertunangan Yaya berjalan dengan lancar.  Yaya buat pun simple je.  Sekarang ni Yaya dah jadi tunang orang.  Lepas sudah satu peringkat.  Just tunggu langkah yang seterusnya.  

Terima kasih kepada keluarga Yaya dan terima kasih kepada yang sudi hadir pada majlis pertunangan Yaya.  Terima kasih juga kepada tunang Yaya kerana sudi terima Yaya seadanya.

Now, Yaya kongsikan detik-detik manis semasa majlis pertunangan tersebut berlangsung.  





Jodoh Itu Penuh Misteri


         Assalammualaikum...hai semua...aiz di sini...korang semua apa khabar?...apa aktiviti hujung minggu ni?...harap korang ada dalam keadaan baik hendaknya...sementara aiz tengah ada kelapangan ni...aiz dapat la update blog ni...ehee...so, hari ni last day aiz kat kajang...dah 2 minggu aiz kat sini...atas urusan kerja...out station...bulan ni jadual aiz memang sangat pack...same la dengan teman sehidup semati aiz...sape lagi kalau bukan yaya yang paling comel di hati aiz...ehee...

            Entry kali ini, aiz nak share sedikit tentang jodoh...ehee...jodoh ini adalah kurniaan paling penuh kejutan yang Allah berikan kepada setiap manusia di muka bumi ini...dan ia juga penuh misteri...ehee...kalau korang semua tak percaya...

           Cuba fikir balik...kawan-kawan lama atau baru atau boy or girl korang...adakah korang memang dah tahu korang akan berjumpa dengan mereka???...tidak kan...ini semua adalah keajaiban dan kekuasaan Allah dalam memberi kita jodoh pertemuan antara satu sama lain...sebab itu la...ada pepatah melayu pernah berkata... "tak lari gunung di kejar" , "kalau dah jodoh takkan ke mana"....mesti ada yang baru sedarkan...

            Sebagai contoh adalah aiz dan yaya...aiz dan yaya sebenarnya dh berkawan lama...cuma tidak bertegur....tapi pada satu malam yang paling aiz tak boleh lupa...ini berlaku x jauh dari tempat tinggal yaya...cehh...malam tu aiz on Facebook kebosanan, kemudian cari la siapa yang tengah aktif...yang pelik nya, punya la ramai yang online masa tu...tapi mata terpanah pada satu nama ni dan aiz mulakan dengan klik dan menaip salam...timbul perasaan kuat ingin tahu siapa si gadis yang buat aiz terpanah pada si dia ni...rupa-rupanya gadis tu adalah gadis yang selalu ada di samping aiz dan bakal menemani aiz sehingga keakhir hayat aiz....nama gadis istimewa ini takkan hilang dari mata, hati, bibir, otak dan seluruh anggota badan aiz...dia nyawa aiz, dia masa depan aiz, dia segalanya bagi aiz...dia ialah satu-satunya Nurul Hidayah bte. Razani yang tetap bertakhta di hati aiz untuk selamanya..

             Aiz tak pernah rasa apa yang aiz rasa sekarang ni...aiz rasa sangat beruntung kerana dia ditakdirkan untuk aiz...sebab bila dengan dia, hilang segala duka...muncul nye bahagia...aiz akan jaga dia sehingga ke hembusan nafas aiz yang terakhir...aiz sayang yaya lebih dari diri aiz...

          Itulah keajaiban jodoh yang diberikan kepada setiap manusia...tak siapa yang boleh jangka apa2 pasal jodoh mereka...cuma Allah sahaja yang mengetahui segala nya....hargai lah pertemuan yang bernilai...renung - renung kan...

         Sampai sini sahaja dari aiz...semoga korang kekal bahagia...doakan kebahagiaan aiz dan yaya...insyaallah Allah akan balas kembali kebaikan korang itu...sekian...maassalamah...ilallikoq...

Wassalam...

P/s : cc to bkal isteri kepada aiz ni :)

     " Mengenalimu ialah satu kebetulan ,,Merinduimu ialah satu kemestian,Mengingatimu ialah satu keindahan,Menyayangimu ialah satu keikhlasan dan hidup bersamamu adalah satu impian..."

Kami Bakal Bersatu

         Assalammualaikum...hai semua...dah lama sangat rasanya aiz dan yaya tak update blog ni kan...atas sebab aiz dan yaya sibuk bekerja, dan untuk persiapan...ups...persiapan apa tu ye???..t aiz cite lagi...so, korang apa khabar??...aiz dan yaya harap sihat lah hendaknya...firstly, mari kita sama-sama doakan agar penumpang MH370 dalam keadaan selamat...

            Entry kali ini aiz dan yaya nak cerita tentang kami yang bakal melangkah ke alam rumah tangga dalam usia kami yang muda ni...ehee...macam-macam perasaan yang kami rasa...teruja ada, seronok ada, berdebar pun ada, tak sabar pun ye jugak...ehee...macam-macam ada...aiz dan yaya akan bertunang pada tanggal 5 Syawal tahun ni...aiz dan yaya harap masa majlis nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...ad beberapa bulan je lagi...

           Persiapan pun dah 50%...ehee...so, Insyaallah aiz dan yaya akan di ijab kabul kan pada hujung tahun ni jugak...doa kan kami ye...boleh la nanti korang datang...ehee...selepas ni kena lah pggil kami "Mr & Mrs aiz...ehee...akhir nya cinta kami akan bersatu dan bakal bergelar suami dan isteri...seriously aiz rasa sekarang ni...aiz la orang yang paling bahagia dalam dunia ni...ehee...

       Bunyi macam best tetapi...tanggungjawab yang bakal di pikul tidak kurang hebatnya...Insyaallah...aiz akan cuba jadi suami yang mithali kepada yaya...I'll be your Mr. Right...ehee...aiz akan cuba walaupun tidak sempurna tetapi aiz akan cuba untuk jadi hampir sempurna...bahtera berkahwinan yang bakal di layarkan aiz akan kemudi kan dengan sebaik mungkin...Insyaallah...

       Cinta aiz pada yaya akan aiz bukti kan dengan perkahwinan ini...so, lepas ni, no more "ye ke??" ye syg...ehee...walaupun jangka masa perkenalan kita singkat tetapi aiz tak sanggup lagi menaggung rindu setiap hari pada yaya...kalau boleh, aiz nak yaya sentiasa ada bersama aiz...aiz sayang yaya selamanya...tak mungkin aiz dapat buang yaya dari hidup aiz...sebab yaya adalah nyawa aiz...


        Alamak...terlebih pula...nanti korang meluat pula...ehee...aiz gurau je...tapi nanti korang akan rasa macam mane yang aiz dan yaya rasa sekarang ni...ehee...okay lah, sampai di sini saje aiz nye celoteh mak lodeh...terima kasih kerana membaca...nanti kita bersua lagi ye...sebelum tu, ni aiz share sikit gambar untuk tatapan anda semua...