Berubah Kearah Kebaikan
Hai semua. Selamat pagi. Hurmmm sorry lah ye sebab yaya dah lama tak post kat blog yaya ni. Maklumlah yaya tengah busy sikit sekarang ni. Dengan assignment yang banyak semua tu. Mencabar juga lah. Tentang assignment pula. Hari tu yaya terpaksa masuk group dengan budak lelaki kelas yaya. Selama ni yaya tak pernah masuk group lelaki. Tu pun sebab group semua dah penuh. Maximum 3 orang dalam 1 kumpulan, disebabkan yaya tak ada kumpulan, so yaya masuk group lelaki. Segan sangat sebab yaya jarang berbual dengan dieorang. Ni bila dah satu group and yaya sorang je perempuan, so nak tak nak yaya kena terima gak. Jadikan ianya satu pengalaman agar yaya boleh bekerjasama dengan semua orang tak kira lelaki or perempuan. Nasib baiklah sebab assignment, kalau tak memang yaya tak masuk group dieorang. Actually memang bila belajar dekat sini, yaya memang tak cakap dengan lelaki melainkan ada hal yang penting. Now yaya memang dah kurang layan lelaki. Kalau tak dulu kawan yaya ramai je lelaki. But this time i want to change everything. Siapa kata semua tu susah nak berubah. Yup. Semua tu akan susah untuk berubah sebab kita yang tak nak ubah semua tu. Sebenarnya kita yang kena ubah dri kita sendiri, bukan orang lain. Orang lain just boleh bagi pendapat dan nasihat, tapi kita sebenarnya yang kena lakukan semua tu. So, berubah ke arah kebaikan bukan dengan kata-kata je yang kita nak berubah. Tapi kita kena buktikan yang kita kena berubah. Doakan perubahan yaya ke arah kebaikan ye. Senyum selalu hehehehe...
No comments :
Post a Comment