It's Look Better When I Smile
Hai semua. Dah lama yaya tak update story kan? Anyway, semua sihat? Yaya harap semua sihat lah ye. Dengar cerita sekarang ni asyik jerebu, so yaya harap kawan-kawan yaya dapat jaga kesihatan dengan baik ye. Jangan lupa banyakkan minum air masak okay. Yaya sayang kawan-kawan yaya semua. Muuuaaah.
Hari ni minggu kedua untuk kuliah yaya dan semua pelajar UiTM. Minggu kedua okay kot bagi yaya sebab tak ada assignment lagi. Tapi tunggulah minggu yang seterusnya, mesti busy. Lagipun ni last semester untuk yaya, so yaya harap yaya dapat buat yang terbaik untuk masa depan yaya. Minggu pertama kuliah, agak malas + takut dengan subjek yang bakal yaya lalui. InsyaAllah, yaya boleh lakukan yang terbaik untuk masa depan yaya.
Tentang cinta? Malas nak fikir perkara yang belum pasti. Cuma tunggu je lah siapa yang masuk meminang nanti hahaha. Biarlah yaya kejar masa depan yaya dulu dan focus untuk mencapai impian yaya. Sometimes terfikir tentang EX yaya, tapi yaya tengok dia dah happy dengan pasangan dia. Okaylah tu. Yaya mampu berdoa yang terbaik untuk dia. Rindu? Mestilah rindu bila terfikir akan kenangan lalu tapi dah tak ada jodoh, nak buat macam manakan. Now, Just forget it perkara yang dah lepas. Yaya pernah terbaca satu perkara ni. "Kadang-kadang kita sibuk kejar orang yang tak pernah menghargai dan mencintai kita. Tanpa kita sedari ada insan lain yang sedang mengejar cinta kita dan cinta insan itu begitu ikhlas untuk diri kita." So now, yaya cuma tunggu hadirnya insan yang ikhlas mencinta yaya dan dapat terima semua kelebihan dan kekurangan yaya.
Cerita semasa tunggu pensyarah kat fakulti petang tadi.
Abang Practical - Tunggu siapa?
Yaya - Tunggu Miss. (miss tengah on call)
Abang Practical - Eh, pensyarah ea?
Yaya - Eh, tak lah. Saya student lagi.
Ramainya yang ingatkan yaya ni pensyarah. InsyaAllah, satu hari nanti yaya akan jadi pensyarah.
p/s - sebelum ke kelas. Senyum walaupun terdapat 1000 kelukaan. Its look better when i smile.
No comments :
Post a Comment