Konsep Berkawan
Assalamualaikum semua. Hari ni yaya nak berkongsi tentang konsep berkawan.
First of all. Kawan? Apa makna kawan bagi korang semua? Adakah kawan tu yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang ataupun kawan tu yang sentiasa ada ketika kita senang sahaja?
Bagi yaya, kawan perlu ada ketika kita susah dan senang. Bukannya ada ketika kita senang sahaja, tapi bila kita susah semua lari. Bila kita susah, kita bukan mengharap sangat untuk orang bantu kita tapi kita perlukan sokongan dan nasihat daripada mereka. Memang tak semua masalah kita boleh ceritakan kat semua orang tapi sebagai kawan, kita perlu tau apa masalah kawan kita tu. Bila kita dengar masalah orang lain, kita dapat meringankan beban seseorang tu. Dia tak minta bantuan dari segi kewangan pun.
Apa yang pernah terjadi kat yaya. Bila kawan susah, yaya try bantu walaupun bantuan yaya tu tak seberapa pun. Tapi yaya perhatikan, bila dieorang susah baru cari yaya, bila dieorang senang, semua lupa yaya. Macam tu ke kawan? Susah nak cari kawan yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang. Kebanyakkan orang akan berkawan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Lagi satu, jangan nak jadi hipokrit depan kawan. Walaupun kita tak suka dengan orang tu, jangan jadikan orang tu kawan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya, kita kawan dengan orang tu sebab dia ada kenderaan, so senang untuk korang bergerak dengan bantuan dia. Bila nak minta tolong punya lah guna ayat manis, tapi bila senang, kutuk kawan dekat orang lain. Tak elok macam tu. Nak berkawan tu kena ikhlas Bukan nak berkawan tu untuk kesenangan kita.
Dalam konsep berkawan, kita janganlah memilih untuk menjadikan seseorang tu sebagai kawan. Berkawanlah tanpa mengira bangsa, agama, rupa, pendapat, fahaman, minat, taraf ekonomi, taraf pendidikan, pekerjaan, latar belakang, asal usul dan sebagainya. Senang cerita, tak perlu nak pilih-pilih dalam berkawan ni.
p/s - Ni semua hanya pada pandangan yaya. So, berkawanlah dengan seseorang tu dengan hati yang ikhlas.
No comments :
Post a Comment