Assalammualaikum...hai semua...firstly, kepada yang sedang membaca blog ini, aiz ucapan terima kasih kerana follow dan membaca celoteh aiz dan yaya di papan blog ini...harap-harap korang sentiasa menyokong hubungan aiz dan yaya...terima kasih sekali lagi ye...^_^
Aiz nak mohon maaf kerana aiz baru dapat update hari ni sebab aiz baru balik dari Kepong atas urusan kerja...so hari ni aiz free kebetulan pula esok aiz cuti...itu pun cuti sehari je...jadi la kan...
Berbalik kepada topik yang aiz nk kongsi kan pada entry kali ini... "Persediaan" ...huh...mesti anda semua tertanya tanya kan...persediaan untuk apa tu?...ehee...okay, yang aiz maksudkan adalah persedian untuk melangkah ke alam perkahwinan...tidak di nafi kan perkahwinan bukanlah benda main-main ataupun perkara yang boleh dianggap remeh...ia melibatkan masa depan sesebuah pasangan untuk masa depan mereka menempuh ranjau hidup bersama sebgai suami isteri...perkahwinan juga memerlukan sebuah tanggungjawab yang besar yang harus dipikul bersama dengan matang baru lah pasangan tersebut bahagia...oleh itu, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, haruslah membuat persediaan yang rapi tidak kira sama ada bakal suami mahupun bakal isteri....
Antara persediaan yang perlu dibuat adalah persediaan dari segi mental dan fizikal...kenapa?...okay mental harus lah disediakan kerana kita perlu bijak mengawal situasi mengguna mental untuk mengelakkan dari emosi mengawal diri kita, kemudian fizikal pula haruslah kita persiapkan untuk bakal pasangan hidup kita baru lah tiada masalah curang...ni yang paling serious...ehee...
Persediaan kedua pula adalah ekonomi...bila dikatakan ekonomi ia melibatkan pendapatan yang perlu diambil kira untuk si bakal suami memberi nakfah kepada bakal isteri...ekonomi mesti la kukuh untuk hidup berdikari bersama orang yang akan menjadi peneman kita sepanjang hayat...bila ekonomi sesebuah pasangan itu sudah kukuh, tiada masalah akan timbul pada masa akan datang...
Persediaan ketiga adalah ilmu agama...kerana ini adalah sangat penting oleh kerana ia adalah panduan hidup sesebuah keluarga...yang paling penting adalah persediaan ilmu untuk mendidik zuriat kita di masa akan datang....
Persediaan keempat belajar bertanggugjawab...ini akan membantu pasangan serba sedikit untuk menangani masalah dengan matang...kerana bila kita bertangunggjawab maka secara tidak langsungnya kita akan berfikiran matang dan jauh...boleh dipelajari dari orang yang sudah berpenglaman dalam alam rumah tangga seperti parents kita atau sahabat yang sudah berkeluarga....
.
Persediaan kelima iaitu silaturrahim antara keluarga....kerana bila kita mengahwini seseorang, secara tidak langsung keluarga kita akan menjadi keluarganya dan keluarganya akan menjadi keluarga kita...ini sangat penting dalam mencapai keharmonian rumah tangga....
Persediaan yang terakhir adalah anda dan pasangan anda....kita haruslah berbincang dengan pasangan kita apa yang perlu untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga yang bakal ditempuhi bersama...macam aiz dan yaya sekarang...kami sering berbincang antara kami tentang alam perkahwinan yang bakal kami jejaki...insyaallah...kami sedang menyediakan diri...aiz sedang berusaha menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin keluarga dan sedang berusaha untuk mengumpul mahar yang telah dibincangkan dengan yaya...ehee...yaya pun sedang mempersiapkan diri sebagai isteri yang terbaik untuk aiz...kami harap segala perancangan dipermudahkan...kerana kita hanya mampu merancang...ALLAH yang menentukan segala-galanya...insyaallah aiz akn berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk yaya yang aiz sayang...
Persediaan sebelum perkahwinan amat penting sebab kita bukan nak hidup dengan pasangan kita sehari dua...tetapi insyaallah untuk selamanya hingga ke jannah...kepada bakal makmum aiz...iaitu the only one Nurul Hidayah Razani...aiz harap kita akan bahagia dan kita dapat mengharungi liku kehidupan sebagai keluarga yang bahagia hingga ke jannah...aiz harap sangat yaya dapat terima aiz seadanya...segala kekurangan dari aiz...aiz harap yaya dapat bersabar dengan kerenah aiz...
Sesungguhnya mendirikan masjid adalah perkara yang sangat mulia di sisi ALLAH...didalam masjid yang bakal didirikan terdapat bermacam dugaan...jadi perlulah di tangani dengan bijak dan sabar...jangan sampai runtuh masjid yang susah untuk di dirikan...Kerana perkara yang halal tetapi paling ALLAH murka adalah talak...ingat tu...kepada bakal yang mendirikan masjid...semoga bahagia hendaknya...
Sampai disini sahaja yang aiz dapat kongsi kan...harap dapat lah membantu serba sedikit...kerana yang baik itu datang dari ALLAH...yang buruk itu datang dari aiz...sekian...wabillahitaufiq wal hidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Insyaallah bila tiba hari aiz dan yaya di satu kan...kami akan menjemput anda semua...ehee...harap dapat hadir ye...aiz akan wat yang terbaik untuk masa depan aiz dan yaya...doa kan kami ye...semoga anda semua sihat hendaknya dan di berkati oleh ALLAH...
Okay lah...sampai sini sahaja pada kali ini...sebab aiz nak berehat...penat sangat ni...besok aiz nak keluar dengan yaya untuk bincang dengan lebih jauh lagi...lagi pun aiz dah rindu dengan yaya...ehee...bye-bye..selamat malam semua...
P/s: yaya...kita jumpa esok ye...aiz rindu dengan yaya...rindu berat ni...ehee...aiz sayang yaya...tunggu aiz datang ye...ehee...selamat malam bakal makmum ku...
"MFA & NHR forever"
Assalammualaikum...selamat maju jaya
No comments :
Post a Comment