Open Cbox

My Lovely Mom And Dad


Pagi ni, fikiran yaya asyik memikirkan tentang semua perkara.  So, layan lagu sedih jelah sekarang ni.  Bila dengar satu lagu nasyid ni, tiba-tiba yaya terfikir, macam mana yaya nanti kalau tanpa keluarga.  Yaya tak nafikan, kadang-kadang yaya ni memang manja.  Lagi-lagi bila dengan family.  Yaya rapat dengan ibu yaya. Semua masalah yaya, yaya kongsikan dengan ibu yaya, tak kira hal pelajaran, tempat belajar, hal peribadi, semua yaya cerita kat ibu yaya.  She is the best woman in the world.  Bila yaya kat UiTM, yaya selalu call ibu yaya.  Bila yaya ada masalah, ibu yang selalu ada disisi yaya.  Ibu selalu dengar masalah yaya tanpa jemu.  Ibu juga yang selalu bagi nasihat kat yaya.  Ibu juga yang selalu risau tentang kesihatan yaya.  Ibu adalah segala-galanya bagi yaya.  Yaya tak mampu nak balas semua jasa ibu dan ayah yaya.  Walaupun yaya tak rapat dengan ayah yaya, tapi ayah yaya yang telah bertungkus lumus untuk mencari rezeki.  Ayah yang selalu ambil berat tentang anak-anaknya.  Ayah yang selalu ambil yaya bila yaya nak balik rumah dan ayah juga yang selalu hantar yaya balik ke UiTM.  Ramai yang cakap kat yaya, suruh yaya berdikari, tapi yaya yang tak berani.  Cuma ayah saja yang faham keadaan yaya.  Saat ibu suruh yaya berdikari bila yaya tak berani untuk berhadapan dengan orang ramai, ayah yang selalu menemani yaya.  Ibu dan ayah adalah segala-galanya bagi yaya.  Tanpa mereka, yaya tak tau apa akan jadi pada yaya.  





Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, kurniakan mereka kesihatan yang baik, murahkan rezeki mereka, kau lindungi dan peliharalah mereka sebagaimana mereka lindungi dan pelihara aku semasa aku kecil sehingga sekarang ni.  Ameen.

No comments :