Percutian Bersama Mr.H
Good morning semua. Pagi-pagi lagi yaya dah nak story kat blog ni. Pagi-pagi macam ni biasalah. Semua orang dah tidur, yaya tak tau nak buat apa lagi. So story je lah kat blog ni. Anyway, kali ni yaya nak story masa yaya bercuti dengan Mr.H dan kawan-kawan dia.
JUMAAT (malam) 1/2/13 - Malam tu Mr.H dan kawan-kawan dia ambil yaya kat Melaka. Okay, terpaksa menapak keluar sebab dah malam memang susah sikit orang lain nak masuk dalam UiTM tu. Sampai je luar tengok dia dengan kawan dia tunggu kat bus stop. So, yaya terus pergi kat dia and masukkan beg dalam kereta. Then masa dalam kereta tu dia tunjukkan kat yaya satu message ni. Yaya diam je lah. Tak lama lepas tu ada orang call yaya, tapi yaya malas nak layan. Dia tanya siapa yang call, yaya kata kawan. Then dia nak tengok hp yaya. So, yaya bagi je lah. Dia baca semua msg yaya. Nampak dia marah masa tu. Cuak gak lah. Then pujuk dia punya lah lama. Yelah, yaya bukannya reti pujuk pun. So, malam tu dia mula pegang hp yaya. Bukan ada apa pun nak risaukan. Jam 12 tu kiteorang pergi Dataran Pahlawan, tengok wayang cerita JUVANA. Masa kat dalam panggung wayang tu dia bagi yaya sweater kawan dia sebab masa tu dia pakai sweater kawan dia. Dia suruh yaya pakai sebab dia tau yaya tak tahan sejuk. Tapi yaya tak nak sebab kesian kat dia. Last-last yaya kongsi sweater tu dengan dia. Sharing is caring hahaha. Lepas tengok wayang je, pusing Melaka sebab nak cari tempat makan. Jam 4 pagi pergi makan. Masa tu memang yaya dah menggigil dah sebab tak tahan sejuk. Dia paksa yaya makan gak. Nak tak nak kenalah makan gak kan. Masa makan tu dia cakap kat yaya, nanti ambil sweater dia kat bonet kereta. Lepas makan semua, dia pergi ambil sweater dia bagi kat yaya. Mula-mula yaya tak nak pakai. Tapi sebab sejuk sangat, so yaya pakai je lah hehehe. Then sambung perjalanan ke Port Dickson.
SABTU (pagi) 2/2/13 - Sepanjang perjalan ke Port Dickson yaya tidur je. Ngantuk sangat hehehe. Yaya sedar pun masa dieorang berhenti kat Tol. Yaya diam je lah, masih melayan ngantuk lagi. Then dia buka pintu tempat yaya and duduk sebelah yaya. Berbual dengan dia terus hilang ngantuk yaya. Tapi bila teruskan perjalanan je tak lama tu yaya tidur balik hehe. Pagi tu pergi tepi pantai. Duduk dan berjalan tepi pantai dengan dia. Memang best lah kan hehehe. Ambil gambar semua. Then ikut dieorang pergi cari sarapan. Tapi banyak kedai belum buka lagi. So kiteorang duduk-duduk je lah. Masing-masing dah ngantuk, so sambung tidur dalam kereta. Jam berapa tu dia dengan kawan dia pergi mandi. Yaya duduk je lah dalam kereta sambung tidur. hehehehe. Yaya bangun pun lepas dia dah siap mandi pantai. Yaya makan biskut dalam kereta sebab lapar. Tak lama tu dia ajak yaya jalan kat sekitar situ sebab nak beli baju. So yaya ikut je lah. Dia tanya yaya nak baju warna apa, then ada satu abang ni kata kalau nak baju couple ada kat bahagian dalam. Bila dia tanya yaya nak warna apa, yaya pilih baju warna biru sebab dia ada kata yang dia banyak baju warna hitam. So, dia bayarkan baju tu. Lepas selesai semuanya, kiteorang pergi makan. Masa tu memang yaya tak nak makan sebab yaya dah kenyang, so yaya cakap kat dia, nak kongsi makan dengan dia. Then dia suapkan yaya makan. Macam budak kecik dah hehehe. Tengok muka dia dah penat sangat. Lagipun nak masuk apartment pun jam 3 nanti. So, tunggu je lah.
(petang) - Jam 2 bertolak nak pergi apartment tapi kiteorang berhenti tepi jalan sebab awal sangat nak pergi apartment tu. Dia tidur dalam kereta tu. Kesian tengok dia penat, dah lah panas masa tu. Berpeluh badan dia masa tidur dalam kereta. Jam 3 baru masuk apartment. Masuk je apartment semua masuk bilik, bersihkan diri. Lepas yaya siap mandi semua, yaya lepak depan TV dengan dia, dia tau yaya suka tengok cerita kartun, dia pun tengok cerita kartun. Sebelum tu dia buat air, yaya temanlah dia kat dapur. Yaya tengok cerita kartun tu sampai yaya nak tertidur dah. So yaya terus masuk bilik nak tidur. Baru je nak tidur, dia kejut yaya ajak yaya pergi kedai beli barang sikit. Yaya ikut je lah. Dia belikan yaya chocolate hehehe. Balik je apartment masing-masing terus masak meggi sebab lapar, yaya pun sama gak hehehe. Lepas je makan meggi yaya terus makan chocolate tu, sebab takut cair. Dia kata yaya makan chocolate laju je. Dia tolong ambilkan yaya air. Lepas makan semua, masing-masing tidur sebab penat.
(malam) - Yaya bangun tidur jam 10, tu pun sebab kawan dia yang kejut. So, masing-masing siapkan diri nak pergi kedai makan. Yaya pakaikan dia losyen hehehe. Masa sampai kedai makan tu awal-awal lagi dia cakap kat yaya suruh yaya makan. So yaya makan je lah. Masa kat kedai makan tu dia tunjukkan apa yang ada dalam dompet tu. Bila nampak ada pic perempuan je yaya terus benggang dengan dia. Yaya diam je masa tu, nak nangis pun ada. So masa dalam kereta on the way nak pergi McD, yaya diam je lah. Dia tanya yaya kenapa diam je ni, tapi yaya cakap tak ada pape. Then yaya cakap kat dia buang pic tu nanti, dari situ dia tau kenapa yaya diam je. Sampai kat McD memang yaya diam je, turun je kereta dia tengok muka yaya dah nak nangis, so, dia ambil pic tu, dia koyakkan depan yaya. Tapi yaya still sakit hati, yaya diam je lah sebab nak tahan nangis. Kat dalam McD tu memang nak nangis kot, dia boleh cakap kat kawan dia lak kan. Segan kot masa tu. Dia ajak yaya keluar dari McD tu, sampai je kat luar, dia cakap kat yaya macam nak marah. Memang menangis yaya masa tu. Kelakar pun ada gak masa tu, nasib baik tak ada orang nampak hahaha. Lepas tu barulah yaya lega sebab dah lepaskan semua. Balik tu ingat nak tolong dia buat assignment dia, tapi dia boleh pula tak bawa calculator. Dah jadi cam tu. Yaya terus masuk tidur hehehe.
Ahad (pagi) 3/2/13 - Pagi tu dalam jam 11, yaya teman dia turun bawah dengan kawan-kawan dia. Dieorang mandi swimming pool kat apartment tu. Macam-macam aksi dieorang buat hahaha. Layan je lah. Bila selesai mandi kat swimming pool tu, kiteorang pun naik apartment. Kemas-kemas beg nak balik dah. Sebelum balik tu ambil gambar dengan dia and kawan-kawan dia. Sebelum balik tu ambil kawan dia kat Melaka juga. Then kiteorang pergi makan kat Pizza Hut. Kesian dia selalu sangat kena cubit dengan yaya. Degil sangat hehehe. Then dieorang hantar yaya balik UiTM.
That's all for today hehehe. Sorry coz story panjang lak kali ni.
p/s - Thanks sayang for everything. Untuk baju, makan, wayang dll. Love you so much dear.
No comments :
Post a Comment