You Deserve To Be Happy
Tanpa kita sedari, ada insan lain yang menghargai kita. Ada insan lain yang mahukan kita sentiasa disisi dia. Ada insan lain yang masih menerima segala kekurangan dan kelebihan kita. Ada insan lain yang masih sudi memaafkan kita walaupun dia tau siapa pun kita. Ada insan lain yang mampu bersabar dengan karenah kita.
Bila yaya perhatikan dan lalui bila bercinta ni, yaya hairan dan pelik, kenapa kita perlu bersedih dan menangis kerana seorang perempuan / lelaki yang tak tau menghargai kita, yang tak tau memahami kita, yang tak boleh menerima segala kekurangan dan kelebihan kita dan yang tak boleh terima kita ketika senang dan susah.
Sebenarnya, apa yang dicari oleh seorang perempuan / lelaki adalah seorang yang boleh memahami dirinya, yang boleh terima segala kekurangan dan kelebihan kita, yang boleh menghargai kita, yang boleh sentiasa ada ketika susah dan senang, yang setia, yang boleh bersabar dalam melayani karenah kita.
Jangan menyalahi takdir apabila putus dalam percintaan ni. Sebaliknya, kita kena bersyukur kepada Allah kerana Dia telah jauhkan diri kita daripada orang yang tak pernah hargai kita. Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Tak perlu nak kecewa sangat bila putus cinta sebab perempuan / lelaki yang belum jadi yang halal untuk kita. Lebih baik kita berasa sedih dan kecewa bila kehilangan ahli keluarga kita. Cuma ahli keluarga kita je yang dapat terima siapa pun diri kita.
So, hapuskanlah air mata tu untuk orang yang tak pernah hargai kita. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan ketemukan kita dengan orang yang lebih baik daripada yang sebelum ni. Just be happy like others.
Yang dah ada pasangan tu, hargailah pasangan tu ye.
jika cinta itu tak menjadikan kita baik....tinggalkan dia
jika cinta itu membuatkan kita lupa....lupakan dia
jika cinta itu menyakiti kita....buangkannya
kerana cinta yang baik ialah :-
cinta yang kuatkan kita
dekatkan kita
muliakan kita
2 comments :
suka entry ni :)
TQ...i hope that u enjoyed reading other entry also...:)
Post a Comment