Okay, hari ni Yaya nak kongsikan dengan semua tentang majlis pertunangan Yaya. Actually, Yaya dah bertunang pada 01 August 2014. Masa tu hari raya ke-5. Dan pada tarikh ni juga abang Yaya bertunang. Kiranya buat dua majlis sekali. Lepas solat Jumaat, pihak lelaki datang rumah Yaya dan pada malamnya majlis pertunangan untuk pihak abang Yaya. Serious masa tu memang penat sangat. Dah tak boleh nak fikir apa. Sekarang ni. dah sebulan dah Yaya bertunang. Tak sempat nak kongsikan dekat blog ni. Maklumlah Yaya dah busy dengan kerja sekarang ni.
Alhamdulillah majlis pertunangan Yaya berjalan dengan lancar. Yaya buat pun simple je. Sekarang ni Yaya dah jadi tunang orang. Lepas sudah satu peringkat. Just tunggu langkah yang seterusnya.
Terima kasih kepada keluarga Yaya dan terima kasih kepada yang sudi hadir pada majlis pertunangan Yaya. Terima kasih juga kepada tunang Yaya kerana sudi terima Yaya seadanya.