Open Cbox

Segmen 2 in 1 by Hanis Masturina




Jom join segmen ni.  Just klik kat banner tu je.  

p/s - Mencuba nasib dalam segmen ni.  Hope adalah rezeki dalam segmen ni.  Ameen


http://dayangdeno.blogspot.com/

http://the-gothic-lolita.blogspot.com/

Love Segmen by Farra & Anis



Jom join segmen ni.  Just klik kat banner tu je.  Ada hadiah menarik tau.

P/S - First time join ni.  Hope ada rezeki dalam segmen ni.  Ameen.   

You Deserve To Be Happy


Tanpa kita sedari, ada insan lain yang menghargai kita.  Ada insan lain yang mahukan kita sentiasa disisi dia.  Ada insan lain yang masih menerima segala kekurangan dan kelebihan kita.  Ada insan lain yang masih sudi memaafkan kita walaupun dia tau siapa pun kita.  Ada insan lain yang mampu bersabar dengan karenah kita.
Bila yaya perhatikan dan lalui bila bercinta ni, yaya hairan dan pelik, kenapa kita perlu bersedih dan menangis kerana seorang perempuan / lelaki yang tak tau menghargai kita, yang tak tau memahami kita, yang tak boleh  menerima segala kekurangan dan kelebihan kita dan yang tak boleh terima kita ketika senang dan susah.  
Sebenarnya, apa yang dicari oleh seorang perempuan / lelaki adalah seorang yang boleh memahami dirinya, yang boleh terima segala kekurangan dan kelebihan kita, yang boleh menghargai kita, yang boleh sentiasa ada ketika susah dan senang, yang setia, yang boleh bersabar dalam melayani karenah kita.
Jangan menyalahi takdir apabila putus dalam percintaan ni.  Sebaliknya, kita kena bersyukur kepada Allah kerana Dia telah jauhkan diri kita daripada orang yang tak pernah hargai kita.  Allah tau apa yang terbaik untuk kita.  Tak perlu nak kecewa sangat bila putus cinta sebab perempuan / lelaki yang belum jadi yang halal untuk kita.  Lebih baik kita berasa sedih dan kecewa bila kehilangan ahli keluarga kita.  Cuma ahli keluarga kita je yang dapat terima siapa pun diri kita.  
So, hapuskanlah air mata tu untuk orang yang tak pernah hargai kita.  InsyaAllah satu hari nanti Allah akan ketemukan kita dengan orang yang lebih baik daripada yang sebelum ni.  Just be happy like others.
Yang dah ada pasangan tu, hargailah pasangan tu ye.

 jika cinta itu tak menjadikan kita baik....tinggalkan dia 
 jika cinta itu membuatkan kita lupa....lupakan dia 
 jika cinta itu menyakiti kita....buangkannya

kerana cinta yang baik ialah :- 
      cinta yang kuatkan kita
    dekatkan kita
 muliakan kita

Office Simulation


Office Simulation?  Nak tau apa Office Simulation ni?  Haaa, sebenarnya ni adalah salah satu subjek yang yaya kena ambil untuk semester akhir ni.  First time belajar subjek ni, yaya agak takut sikit sebab macam susah.  Tapi bila yaya dah mula belajar subjek ni, yaya rasa seronok pula sebab dah macam kita buat kerja dalam pejabat.  Kita ada workstation kita sendiri, kita kena sediakan peralatan yang diperlukan, tak boleh pinjam-pinjam sebab nanti kena tolak markah hehehe.  Workstation kita tu kena kemas.  Buat seolah-olah itu tempat kerja kita, mesti kena kemas.  Seriously dah macam kerja kat office dah hehehe.  Memang best lah subjek ni.

It's me.  Sakit-sakit pun sempat lagi bergambar hehehehe

Ni lah workstation yaya.  Kemas tak? hehehe

Amalan Malam Nisfu Syaaban



Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
Bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
Bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
  1. Solat Sunat Dhuha
  2. Solat Sunat Rawatib
  3. Solat Sunat Tahajud
  4. Solat Sunat Tasbih
  5. Solat Sunat Taubat
  6. Solat Sunat Hajat
  7. Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”


  • MEMBACA AL QURAN
  • MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
  • PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

P/S - Salam Nisfu Syaaban buat semua umat Islam.  Yaya mohon maaf pada kalian semua jika selama yaya mula berblogger, yaya ada menyakiti hati kalian.  Apa yang yaya kongsikan dalam blog yaya ni semua hanya luahan hati yaya.  Mungkin tanpa yaya sedari ada yang terasa dengan luahan hati yaya.  Yaya minta maaf ye. Kepada semua yang mengenali yaya, yaya minta maaf sekiranya yaya telah menyakiti hati kalian tanpa yaya sedari.  Mungkin perlakuan dan percakapan yaya selama ni ada yang menyakiti kalian, yaya minta maaf ye.


Ailurophobia


Okay, tau tak maksud Ailurophobia?  Ailurophobia bermaksud fobia terhadap kucing.  Terdapat segelintir yang fobia terhadap kucing.  Mungkin ramai yang pelik bila jumpa orang yang fobia dengan kucing sebab kucing tu comelkan.  Tapi sekarang ni jangan nak rasa pelik sangat lah ye.

Sebenarnya, yaya adalah salah seorang yang fobia terhadap kucing.  Yaya memang tak boleh tengok kucing ataupun berhadapan dengan kucing.  Janganlah gelakkan yaya pulak.  Rasa nak menangis tau tak.  Family yaya suka kenakan yaya dengan kucing.

Okay, stop.  Yaya dah tak boleh nak story tentang kucing dah.  



P/S - Pening kepala bila story tentang kucing.  =,=

Nama Panggilan


Hari ni yaya nak story tentang nama panggilan.  Sebenarnya ramai yang suka bagi nama panggilan dekat seseorang sebab memudahkan mereka untuk mengingat tentang seseorang.  

Macam yaya, nama sebenar Nurul Hidayah, tapi kadang-kadang ramai yang tanya dengan yaya, nak panggil apa.  Maklumlah, ramai yang nama sama dengan yaya.

Ramai yang panggil yaya dengan nama Dayah or Hidayah.  Tapi masa yaya sekolah kat SK Sawah Datuk, Mersing, kawan yaya panggil yaya dengan nama Ida.  Something different hehehe.  Kalau kat SK Peserai, Batu Pahat, ada kawan yaya panggil yaya Pocong.  Bila yaya tanya kenapa panggil macam tu, dia kata sebab yaya tinggi.  Dia akan panggil yaya dengan gelaran tu bila dia usik yaya.  Bila kat sekolah menengah pula, cikgu panggil yaya dengan nama ND sebab dalam kelas yaya tu ada dua orang Hidayah, so, dia bagi nama yaya dengan nama ND.  Sometimes, yaya cakap kat cikgu, panggil je lah Hidayah Square (kuasa dua) bila nak panggil kami hehehe.  Ibu pun pernah nak panggil yaya dengan nama ND masa kecil dulu.  Arwah moyang yaya pula panggil yaya dengan nama Tonjang, kadang-kadang pelik sebab arwah tak pernah ingat nama yaya.  Lastly, Yaya ni nama yang yaya guna masa dekat UiTM sebab tak nak orang terkeliru untuk panggil yaya.  Ye lah, bila orang panggil Hidayah, masing-masing tengok.  Sampai kadang-kadang bila orang panggil pun yaya senyap je hehehe.  Tapi bila kat FB, ada juga yang panggil yaya dengan nama Nuon hehehe.  Agak pelik kat situ.


P/S - Apa pun gelaran yang orang bagi kat yaya, Yaya adalah yaya.  No need to be someone else.  

Jerebu


Wahhhh.  Jerebu sekarang semakin teruk.  Lagi-lagi area Singapura, Johor dan Melaka.  Anyway, sebelum yaya nak pergi kelas tadi.  Keluar rumah je tengok jerebu semakin teruk.  Before this, tak ada lah teruk macam ni.

Kesihatan yaya pun semain berkurang.  Sekarang ni yaya rasa pening, tekak pun perit, mata pedih dan hidung dah mula pedih , asyik nak bersin je.  Nak bernafas pun rasa susah.  Rasa nak balik rumah je sekarang ni.  Yaya risau dengan kesihatan family yaya.  So, sekarang ni terpaksa duduk je dalam rumah.  Nak keluar pun dah rasa malas bila keadaan macam ni.  

p/s - so, yaya harap awak semua jaga kesihatan ye.  Banyakkan minum air masak.  Dengan keadaan yang semakin teruk ni, kita kena jaga kesihatan.  Jangan lupa pakai mask ketika nak keluar ye.


Bila Yaya Mula Kebosanan



Hai semua.  Selamat pagi.  Yaya dengar cerita jerebu semakin teruk sekarang ni.  Ermmm yaya risau dengan family yaya.  Rasa nak balik je sekarang ni.  Yaya pergi kelas pun dah tak boleh bernafas sangat, rasa sesak.  Yaya harap dan berdoa semoga family yaya dikurniakan kesihatan yang baik.  Ameen.

Sebenarnya yaya baru balik dari kelas tadi.  Pergi kelas awal sebab takut pensyarah dah masuk.  Tunggu punya tunggu, tak datang juga, so balik je lah jawabnya.  Bosan duduk rumah sorang-sorang.  Ni lah hasilnya hehe.




                           

p/s - It's meeeeee



It's Look Better When I Smile


Hai semua.  Dah lama yaya tak update story kan? Anyway, semua sihat? Yaya harap semua sihat lah ye.  Dengar cerita sekarang ni asyik jerebu, so yaya harap kawan-kawan yaya dapat jaga kesihatan dengan baik ye.  Jangan lupa banyakkan minum air masak okay.  Yaya sayang kawan-kawan yaya semua.  Muuuaaah.  

Hari ni minggu kedua untuk kuliah yaya dan semua pelajar UiTM.  Minggu kedua okay kot bagi yaya sebab tak ada assignment lagi.  Tapi tunggulah minggu yang seterusnya, mesti busy.  Lagipun ni last semester untuk yaya, so yaya harap yaya dapat buat yang terbaik untuk masa depan yaya.  Minggu pertama kuliah, agak malas + takut dengan subjek yang bakal yaya lalui.  InsyaAllah, yaya boleh lakukan yang terbaik untuk masa depan yaya.  

Tentang cinta? Malas nak fikir perkara yang belum pasti.  Cuma tunggu je lah siapa yang masuk meminang nanti hahaha.  Biarlah yaya kejar masa depan yaya dulu dan focus untuk mencapai impian yaya.  Sometimes terfikir tentang EX yaya, tapi yaya tengok dia dah happy dengan pasangan dia.  Okaylah tu.  Yaya mampu berdoa yang terbaik untuk dia.  Rindu? Mestilah rindu bila terfikir akan kenangan lalu tapi dah tak ada jodoh, nak buat macam manakan.  Now, Just forget it perkara yang dah lepas.  Yaya pernah terbaca satu perkara ni.  "Kadang-kadang kita sibuk kejar orang yang tak pernah menghargai dan mencintai kita.  Tanpa kita sedari ada insan lain yang sedang mengejar cinta kita dan cinta insan itu begitu ikhlas untuk diri kita."  So now, yaya cuma tunggu hadirnya insan yang ikhlas mencinta yaya dan dapat terima semua kelebihan dan kekurangan yaya.  

Cerita semasa tunggu pensyarah kat fakulti petang tadi.
Abang Practical - Tunggu siapa?
Yaya - Tunggu Miss.  (miss tengah on call)
Abang Practical - Eh, pensyarah ea?
Yaya - Eh, tak lah.  Saya student lagi.

Ramainya yang ingatkan yaya ni pensyarah.  InsyaAllah, satu hari nanti yaya akan jadi pensyarah.  

p/s - sebelum ke kelas.  Senyum walaupun terdapat 1000 kelukaan.  Its look better when i smile.