Open Cbox

Hati Mati (madah pujangga)

          Salam, salam sejahtera kepada yg non-muslim. Di samping terik mentari hari ini sayup angin bertiup seperti tahu betapa dalamnya belati tertusuk pada limpa. Sedikit puitis hanya mencurah bakat yang ada. Dah lama aiz tak menulis. So kepada semua aiz harap sihat-sihatlah hendaknya, In shaa ALLAH...

           Hari ni aiz nak bercerita tentang penyakit hati yang mana rata-rata semua kalangan kita pernah mengalami. Sampai ada yg "mental broke down" . Bahaya sungguh penyakit ni. Kadang kita lihat ramai yg tersenyum & tertawa tetapi kita tidak tahu ape disebalik cerita hati mereka dan ape pula yang mereka rase. Kita pantang jumpe orang gila, ade sampai mencaci & menghina mereka. Adakah pernah anda terfikir mengapa mereka jadi macam tu????.... Atau ape yang mereka rase. Kebanyakan nye tidak memikirkan nya, cuma menjadikan nya sebagai bahan ketawa. Sebenarnya mereka telah lalui perkara sangat mengigit hati mereka yang di lakukan oleh manusia sendiri.

        Mase aiz belajar culinary art, di seremban, aiz mempunyai seorang kawan yang pernah dimasukkan ke dalam wad penjagaan pesakit mental kerana cubaan untuk membunuh diri dengan mengelar tangannya akibat tahu bahawa teman lelakinya ade perempuan lain. Sedih gak sebab dia baik orang nya, dan tidak sepatutnya dia lalui dugaan macam tu. So nak atau tidak terpaksa lah dia duduk seminggu kat dalam wad pesakit mental tu. Macam-macam pengalaman yang dia dapat. Sampai menjadi titik hitam dalam hidupnya. So kepada yang lain jangan main-main ye. Sekarang ni dia dah jumpa mister right dia. Semoga dorang bahagia.

          Itulah dugaan mental dari penyakit hati, bahaya tak?. Bahaya kan. So berhati-hati mengawal emosi ye. Jika mental seseorang itu kuat, ia pula akan memberi kesan pada reaksi gerak tubuh dan wajah atau lebih banyak menyendiri. Ini lagi bahaya, sebab dari sinilah datangnya bisikan yang membuatkan si pesakit melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. So jangn menyendiri, nasihat aiz, kawal pernafasan, tenangkan diri, kemudian cari orang yang rapat untuk anda luahkan. In shaa ALLAH akan lega.
   
          Ape yang berlaku pada aiz pulak, penyakit hati yang lame aiz saluti dengan berlian supaya ia tidak berdarah lagi. Dan aiz serahkan pada yaya untuk dijaga dengan rapi. Kemudian hati yang disalut berlian hanya sebagai persinggahan oleh kerana diletakkan di belakang hingga tiada sinar yang memancar darinya lagi. Terasa seperti dibuang, dirobek, dan di mamah kembali oleh permata yang diharapkan boleh menutupi luka. Cinta rasa tidak bernilai kerana sinar 7 warna berlian menjadi merah hinggakan hanya tinggal permata yang seakan akan zamrud berdarah. Walau hati sudah hampir menjadi debu, dipusing kepalanya kebelakang baru tersedar sang permata menjadi debu hampir hilang di tiup angin. Tika itu walau sekeras mana permata di dunia ini untuk menyaluti hati, sudah tidak berguna lagi. Kerana lara menjadi dinding tembok menempatkan bekas debu permata yang dibawa angin itu untuk tatapan segenap sudut keperihan. Bisa yang menular di dalam bukan mudah untuk di keluarkan kesemuanya. Begitu juga kanser dan akarnya. Begitu juga paku yang tertusuk pada hati. Tetap ade bekasnya, walau sudah ku lupa kesakitanya 2 tahun dahulu.... 

           Bukan mudah untuk kita membuatkan seseorang itu ikhlas cintakan kita, jujur sayang kan kita, dan sedar bahawa kita benar-benar wujud di belakang mereka. Sudah lama di pendam, dan cuba sehabis baik untuk memiliki hati seseorang, tapi rupanya hanya replika sahaja. Benar kata orang, bila kita pergi, baru orang sedar bahawa kita ini penting dan sudah terlambat untuk penghargaan seperti seniman P. Ramlee sudah tiada baru di beri tan sri. Masa untuk menghargai seseorang adalah ketika hayatnya masih ada. Bukan meletakkan mereka di belakang tanpa menjeling sedikit pun.

        Yang lalu biarlah berlalu seperti banjir mulai surut. Tahun baru adalah pembuka tirai untuk menjadi lebih baik. Selamat tahun baru yaya. Korang jangan fikir bukan-bukan tau. Aiz sje bermadah pujangga je ni. Peaceeeee....

           Semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik untuk anda semua. Sekian madah pujangga aiz. Aiz syg yaya. Aiz syg yaya sangat. Bye bye bye.....

c):