Open Cbox

Taylor Swift - We Are Never Ever Getting Back Together


 I remember when we broke up the first time
Saying, "This is it, I've had enough," 'cause like
We hadn't seen each other in a month
When you said you needed space. (What?)
Then you come around again and say
"Baby, I miss you and I swear I'm gonna change, trust me."
Remember how that lasted for a day?
I say, "I hate you," we break up, you call me, "I love you."

Oooh we called it off again last night
But oooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

Like, ever...

I'm really gonna miss you picking fights
And me, falling for it screaming that I'm right
And you, would hide away and find your peace of mind
With some indie record that's much cooler than mine

Oooh, you called me up again tonight
But oooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together

Oooh yeah, oooh yeah, oooh yeah
Oh oh oh

I used to think that we were forever ever
And I used to say, "Never say never..."
Huh, so he calls me up and he's like, "I still love you,"
And I'm like... "I just... I mean this is exhausting, you know, like,
We are never getting back together. Like, ever"

No!

We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

We are not getting back together,
We oh, not getting back together

You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together
p/s - Mesti korang dah dengar lagu ni kan.  Bagi yaya lagu ni best.  Musiknya pun best.  Thumbs up for Tailor Swift.  "We are never ever getting back together"

Hobi Baru


Hai semua.  Selamat malam.  Hari ni yaya nak cerita tentang hobi baru yaya.  Dah berapa hari yaya duduk kat rumah ni, yaya rasa bosan.  Yelah, nak keluar dengan siapa je kan.  So, bila yaya bosan je, yaya mesti buat kek.  Sampai ibu cakap kat yaya, lepas ni tukar hobi baru, memasak.  Sebenarnya, yaya pantang nampak ada bahan-bahan untuk buat kek or puding.  Mesti tangan yaya ni gatal je nak masak.  Sepatutnya, yaya study sebab dah nak final exam.  Tapi yaya sibuk masak kek je.  Sampai orang cakap yaya ni buka kedai ke sebab selalu sangat buat kek hehehe.  Insyaallah, satu hari nanti yaya akan buka sebuah kedai kek. Itu memang impian yaya.  Okay, yaya reti buat kek marble je.  Next time yaya buat kek lain pula.  Alhamdulillah, sebab kek yang yaya buat menjadi.  Kek ye lembut je hehehe.



p/s - Ni lah kek marble yang yaya buat.  Yaya suka kek ni sebab bila kek tu dah siap, ada corak kat kek tu.  Jemput makan semua hehehe.  Nyumm...Nyumm....Nyumm...

Couple


Hai semua.  Selamat petang.  Tengah buat apa je tu?  Ermmm..yaya tengah dengar lagu je ni sambil online jap.  Rehat jap sebelum sambung kemas bilik.  Baru sampai rumah dah kena kemas bilik.  It's okay, untuk keselesaan yaya juga.  

Okay.  Hari ni yaya nak cerita pasal COUPLE.  Ada apa dengan couple ni.  Ni yang yaya nak cerita ni.  For your information, hati yaya ni dah tertutup untuk terima mana-mana lelaki buat masa ni.  Yaya dah tawar hati nak couple lagi.  Kenapa?  Bukan sebab yaya dah putus asa, tapi yaya rasa semua ni buang masa.  Tak nafikanlah kadang-kadang tu yaya rasa nak disayangi macam pasangan yang lain.  Nak bahagia dengan pasangan.  Jealous kot bila tengok couple-couple lain bahagia je.  Tapi yaya tak nak kecewa lagi.  Cukuplah semua tu berlaku dekat yaya.  Dulu dah banyak kali ibu cakap kat yaya, jangan couple masa belajar, tapi yaya degil.  Ni lah akibatnya bila tak dengar cakap ibu.  Dah banyak kali yaya kecewa.  Ermmm....so, yaya dah decide tak nak terima siapa-siapa pun.  Yaya terima semua apa yang telah berlaku dekat yaya.  Semua tu hanya tinggal kenangan.  

p/s - tunggu je lah orang masuk meminang.  Boleh tak macam tu?  hehehe

Final Exam


Hai semua.  Selamat malam.  Dah nak tidur dah ke?  Relax lah.  Awal lagi kot heheheh.  Okay, actually hari ni yaya dah mula cuti study week.  Selesai semua quiz, test, presentation and assignment semua tu lah.  Yaya tak perlu nak menghadap semua tu lagi dah.  Now, just focus untuk final exam nanti.


What?  Final exam?  Apa nak jadi dengan yaya ni.  Final exam dak dekat dah.  Kena banyakkan study bukannya online je.  Release tension kejap je ni.  Lepas tu yaya nak kena focus untuk final exam nanti.  

Perasaan yaya macam mana ye hari ni?  Ermmm...tak tau nak cakap macam mana.  Sebenarnya yaya rindu sangat kat dia.  Yaya selalu menangis bila teringat semua pasal dia.  Sampai yaya pernah terfikir, kenapa Allah temukan yaya dengan dia.  Tapi yaya kena kuatkan semangat, yaya tau Allah temukan yaya dengan dia mesti ada sebab, mungkin ni ujian untuk yaya.  Bila semua ni berlaku, yaya kena jadi kuat, kena sabar dengan semua ujian yang Allah berikan.  Just think positive.  Sometimes yaya menangis bila teringat semua tu, tapi kalau yaya tak kuat, sampai bila yaya nak menangis je.  Menangis untuk orang yang tak pernah hargai yaya.  Itu buang masa.  Life must go on.  Yaya ada keluarga dan kawan yang selalu ada di sisi yaya bila yaya perlukan mereka.  Mereka tak pernah merungut bila dengar yaya cerita tentang masalah yaya.  Malah, mereka yang selalu bagi nasihat dan sokongan dekat yaya.  

Bila final exam dah nak dekat, so yaya kena ketepikan semua masalah yaya.  Yaya tak nak fikir tentang masalah yaya.  Bila yaya fikir semua tu, yaya jadi tak focus.  Anyway, kepada semua pelajar diploma di UiTM, yaya nak ucapkan semoga berjaya dalam final exam nanti.  Buat yang terbaik okay.

SPM

Hai semua.  Selamat petang.  Apa aktiviti korang petang ni?  Yaya baru je habis kelas, ada presentation.  Maklumlah minggu last untuk kuliah semester ni.  Stress dengan tak cukup tidur, ada banyak test and presentation.  Okay, nak tak nak yaya kena laluinya sebab tu untuk masa depan yaya.  Walaupun tengah frust dalam hal cinta, yaya tak nak benda tu semua ganggu pelajaran yaya.  Yaya tak nak sebab perkara macam tu pelajaran yaya merosot.  Menyesal tak sudah nanti hehehe.
Okay, now kita cerita tentang SPM.  Hari ni result SPM keluarkan?  Anyway, yaya nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM yang mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang memuaskan, korang boleh cuba lagi.  SPM ni bukan pengakhiran untuk segala-galanya.  Korang boleh buktikan yang korang boleh berjaya bila korang dapat sambung belajar nanti.  Tapi bila dah dapat sambung belajar tu, janganlah main-main pula ye.
Actually, yaya nak ucapkan tahniah kat adik yaya atas keputusan SPM dia.  Tahniah...Tahniah hehehehe...




Hati


 ✿~ HATI yang brada dalam KESAKITAN, 
kita TAMPALkan dengan KETABAHAN buat pengubat DIRI.

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) ✿~ HATI yang di dalam PENGKHIANATAN & TOHMAHAN, 
kita TAMPALkan dengan KESABARAN sbagai pengawal EMOSI..

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) ✿~ HATI yang di dalam KETAKUTAN, 

kita TAMPALkan dengan KETAQWAAN mnjadi pendinding DIRI.

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) ✿~ HATI yang di dalam KERAGUAN, 
kita TAMPALkan dengan KEYAKINAN mencari petunjuk ALLAHURABBI.

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) ✿~ HATI yang di dalam KEKECEWAAN, 
kita TAMPALkan dengan KEPASRAHAN menggapai redha ILAHI.

P/S: Sama-samalah kita merawat HATI kita sentiasa walaupun tidak sakit, agar kekal bertakwa kepada-Nya


Ya Allah..Aku Jatuh Cinta

Ali : Aku baru putus cinta… tension stress…
Basri : Aku pun…kita senasiblah…
Hazri : yang korang sedih kenapa?? EX korang tu sedih ke bila clash??
Ali & Basri : entahlah… tapi siapa tak sedih… dah lama kapel…
Hazri : berapa lama dah kapel?
Ali: aku dah 4 tahun… sejak dari sekolah lagi kut….
Basri : aku tak lama sangat… setahun je… tapi aku dah jumpa parents dia..dia dah jumpa parents aku.. ingat nak tunang… tapi….ARRGGHHH!!!!
Hazri : parah betul kawan aku 2 orang ni…
Ali : 4 tahun wey..sape tak sedih…?? Aku korban masa…tenaga… memanglah kitaorang salu gadoh… boleh kata setiap hari… tapi… walaupun dah calar balar hati aku ni… still aku sayang dia sorang je…
Basri : Aku pulak… dah bawak jumpa parents dah… dah bincang nak tunang.. tapi tiba-tiba… dia cakap..dia minta maaf… sebab dah berubah hati… apa kejadahnya!! Senang je bagi alasan…

Ali & Basri terus menitiskan air mata….

Hazri : sudahlah… kau nangis untuk dia… tapi dia ada nangis untuk kau??? Pernah fikir tak?? Dia yang patut nangis..sebab kehilangan orang yang memang sayangkan dia… apa la korang ni…cinta tu perkara tak logic.. bacalah entry Cinta Ini Tiada Logika nanti kau tahulah sikit2..
Ali : senang kau cakap… kau tak pernah bercinta…
Basri : entah… kau tak pernah bercinta… apa kau tahu??!! Cakap boleh lah… rasa sendiri la bro!!
Hazri : Senang cakap… ”been there, done that, felt it”…. Paham?? Biar aku tanya korang…sejauh mana definisi cinta bagi korang??? Citer kat aku…
Ali : bagi aku… cinta tu kita kena salu care kat dia… baik dengan dia… sayangkan dia seadanya… share..care…and trust… itulah cinta… tapi… dia dah tinggalkan aku… MANA PERGI SHARE, CARE AND TRUST??!! JANJI HANYA TINGGAL JANJI!!!!!
Basri : tu je? Bagi aku… cinta tu… kena sentiasa bersama.. susah dan senang… time suka dan duka… time aku lapar dan dahaga… saling tolong menolong… tapi…. MANA DIA TIME AKU DUKA SEKARANG!!!! MANA???!!
Hazri : tu je?? Nak tahu CINTA bagi aku??

Ali & Basri berpandangan dan mengangguk..

Hazri : Cinta tu..bukan hanya saling share..care..trust… bukan hanya sentiasa ada waktu suka dan duka… tapi sentiasa ada setiap masa… walaupun dia dah tak de… cinta aku kepada dia… sampai aku mampu lepaskan dia pergi… biarpun dia tak sayang, rindu dan cinta aku… aku rela dia sayang, rindu dan cinta pada orang lain… biarlah pemergian dia menjadikan hati aku retak seribu…tapi hati dia bahagia dengan pasangan baru… cinta tu kadang2 manis..kadang2 pahit… tapi tetap kita kena telan… doakan kebahagiaan dia sentiasa… itulah cinta… andai ada jodoh… tak ke mana… kan? sabarlah sahabatku…

Ali & Basri terpana…kelihatan air hangat mengalir di pipi Hazri…

Hazri : aku tahu.. aku kehilangan tulang belakangku… tapi aku tak hilang segalanya… parents..family…friends… ramai lagi perlukan kita.. jangan musnahkan diri sendiri kerana cinta manusia yang belum tahu masa depannya.. Cintai Ilahi yang sentiasa akan ada ganjarannya… InsyaAllah… tengok berapa ramai mujahidin yang keluar korbankan nyawa kerana cinta sejati mereka…iaitu cinta Ilahi…

_______________________________________________________________________


P/S - Cinta itu satu anugerah… Allah berhak untuk ambil bila-bila masa..dan Allah mampu memberinya kembali bila-bila masa… Cinta tak salah… dalam Islam sendiri… tidak diharamkan Cinta tu… sebab Cinta adalah satu perasaan semulajadi… fitrah manusia… just kena ikut cara Islam… okay?

Semuanya Sudah Berakhir


Hai semua. Sihat? Selamat berhujung minggu ye buat semua pembaca. Petang-petang macam ni kalau pekena ABC or cendol pun sedap ni. Aishhh. Mana nak cari semua tu. Awak semua dah makan tengahari ke? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau yang belum tu jangan lupa makan ye.

Okay, apa yang yaya nak kongsikan dengan semua pembaca hari ni. Ermmmm. Actually hubungan yaya dengan Mr.H dah berakhir. Yaya yang minta semua ni sebab yaya tak mampu untuk terus disakiti.  Memang yaya sayang sangat kat dia, tapi kalau dia tak pernah nak hargai yaya, nak buat macam mana kan? So, yaya decide untuk lepaskan dia. Yaya tau cinta tak semestinya memiliki kan? Yaya redha dengan semua ni. Kalau ada jodoh yaya dengan dia, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana kan. Yaya cuma mampu berdoa agar dia bahagia bersama orang yang dia sayang and yaya akan terus berdoa dan berharap agar suatu hari nanti dia akan berubah ke arah kebaikan walaupun yaya tak bersama dengan dia. Semua kenangan antara yaya dengan dia tak akan yaya lupakan. Yaya tau yaya bukan yang terbaik untuk dia. Mungkin ramai yang tengok yaya tak sedih. Siapa yang tak sedih bila semua ni berlaku. Cuma yaya fikirkan perkara yang positif. Yaya tak nak serabut lagi. Mulai hari ni, yaya tutup pintu hati yaya untuk terima seseorang dalam hidup yaya. Yaya dah penat dah nak hadapi semua ni. Bukan maksud yaya untuk berputus asa, tapi yaya dah penat dengan semua ni. Siapa pun jodoh yaya, yaya akan terima. 

p/s - to Mr.H, terima kasih untuk semuanya. Halalkan makan minum saya ye. Saya akan gembira bila tengok awak gembira. Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak. Awak jaga diri awak baik-baik okay. Jangan lupa solat 5 waktu. Study elok-elok, jangan main-main je. Tak nak tension-tension or serabut. Jangan suka tangguh bila buat assigment ye. Semoga berjaya didunia dan diakhirat. Saya sentiasa akan doakan yang terbaik untuk awak. 


Hanya Mampu Tersenyum


Hai semua. So, macam mana hari ni? Sihat? Dah berapa hari yaya tak post something kan. Nampak macam dah berhabuk je hehehe. Lately, yaya busy sikit dengan study yaya. Sorry ye hehehe.  

Kenapa dengan post yaya hari ni? Yaya hanya mampu tersenyum. Yup. Yaya hanya mampu tersenyum walaupun hati ni terluka. Seriously, yaya tak tau macam mana hubungan yaya dengan Mr.H sekarang ni. Actually, yaya selalu juga call dia tapi hati yaya ni sakit sangat. Siapa yang tak terluka bila orang yang kita sayang bersama dengan orang lain? Hati yaya ni terluka sangat. Tapi yaya terpaksa senyum seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Yaya tak nak keruhkan keadaan and yaya tak nak fikirkan sangat tentang semua ni. Tapi sampai bila yaya mampu bertahan. Yaya pun tak tau. Seriously, yaya tak tahan nak tanggung semua ni. Hati yaya terlalu sakit sekarang ni. Dia kata semua tu untuk enjoy je. Tapi sampai bila. Adik yaya pun tau tentang ni. Sampai yaya tak tau nak jawab apa kat adik yaya. Bila yaya terfikir tentang semua ni, yaya selalu menangis. Yaya tak boleh nak kawal perasaan yaya. Kenapa dia susah sangat nak faham perasaan yaya? Maybe ni semua ujian untuk yaya. Yaya akan terima semua ni. Yaya hanya mampu tersenyum dan sentiasa berdoa agar dia berubah ke arah kebaikan satu hari nanti. 

Impian


Hai semua.  Ada yang tak tidur lagi ke?  Yaya je ke yang belum tidur lagi ni?  Anyway, selamat malam ye kepada semua pembaca blog yaya ni.  Yaya terpaksa korbankan waktu tidur yaya untuk siapkan assignment yaya ni.  Terasa susah bila nak siapkan semuanya tapi alhamdulillah sebab ada yang bagi sokongan kat yaya, terutama sekali keluarga yaya.  Bila yaya stress dengan assignment yaya, yaya mesti call ibu yaya.  Yaya cerita everything yang yaya alami sekarang ni dengan ibu yaya.  Ibu yaya selalu bagi kata-kata semangat kat yaya.  So, yaya take it as positive walaupun yaya stress.  Orang kedua mestilah kawan-kawan yaya.  Especially roomates yaya, sebab dieorang sudi dengar apa yang yaya bebelkan bila yaya stress.  Mungkin orang kata yaya ni pendiam.  Yup, yaya akan jadi pendiam bila orang belum kenal yaya dengan sepenuhnya hehehe.  Dieorang selalu bagi pendapat dan idea bila yaya tengah buat assignment.  And lastly Mr.H yaya.  Kenapa dia orang yang terakhir?  Sebab bila yaya stress and yaya nak call dia, memang susah.  Yaya faham, dia pun busy and stress dengan assignment dia juga.  Takkan yaya nak pentingkan diri pula.  Tapi bila dah dapat call dia, memang yaya akan cerita kat dia.  And dia bagi nasihat kat yaya suruh yaya sabar je lah.  Dia pun banyak assignment juga and at the same time, dia pun akan cerita masalah dia kat yaya.  Tadi yaya on call dengan dia sebelum yaya shooting video untuk assignment yaya.  Dia kata yaya stress bukan pasal assignment je, tapi perangai dia yang still tak berubah.  Yes.  Mengaku pun.  Memang yaya tergelak masa tu.  When i think about him, i admit that i really miss him.  


Okay, berbalik pada post ni.  Impian.  Semua orang ada impian masing-masing right?  Macam tu juga yaya.  Yaya ada impian yaya sendiri.  Pejam celik, pejam celik, rupanya tak lama lagi yaya bakal menduduki semester akhir.  Sekejap je rasa berlalu.  Bila berbual dengan roomates, dieorang selalu tanya yaya, sama ada yaya akan apply degree ataupun tak bila dah habis diploma ni.  Nak tau apa jawapan yaya?  Yaya hanya mampu jawab, kalau yaya ada rezeki untuk sambung degree, yaya akan teruskan pengajian yaya ke degree, tapi kalau tak ada rezeki, yaya nak teruskan impian yaya.


Apa impian yaya sebenarnya?  Okay, actually dah lama yaya impikan yang yaya akan ada satu business sendiri yang boleh dijadikan part time untuk yaya.  Yaya nak buka business dalam bidang bakery and photography.  I don't know why.  Tapi tu yang terlintas kat dalam fikiran yaya dari dulu lagi.  Yaya pernah cerita kat ibu yaya pasal ni.  Kalau yaya tak dapat sambung degree, yaya nak belajar dalam dua bidang tu, and ibu yaya setuju.  Rasa gembira bila dapat sokongan daripada orang yang kita sayang.  Kat Mr.H pun yaya pernah ceritakan kat dia tentang impian yaya ni.  Sometimes dia bagi pandangan kat yaya.  So, dari situ yaya dapat satu semangat untuk teruskan impian yaya.  Insyaallah.  Doakan agar impian yaya tercapai ye.  


Sebelum Event


Hai semua.  Actually yaya nak kongsikan cerita sebelum berlakunya event The Festival of Youth Entrepreneur.  Sebelum ni yaya ada cerita semasa berakhirnya event tersebutkan.  So, kali ni yaya nak story cerita disebalik takbir sebelum event tersebut hehehe.  Dah macam filem lah pula.  Okay.  Okay.  Before we continue about this story.  Let's see this pictures.



















Okay.  Ni semua pictures sebelum event.  Hiraukan pic yaya.  Masa tu memang tengah ngantuk sangat.  Ye lah, mana tak ngantuk sebab yang ada pic yaya tu semua masa jam 2, 3 pagi.  Memang mengantuklah.  Walaupun tengah mengantuk tapi still sempat lagi ambil gambar hehehe.  Memang pantang ada camera.  Tu pun yaya saja je menyibuk dengan dieorang hehehe.  Rasa berbaloi juga lah walaupun tidur tak cukup tapi still event tu berjalan dengan lancar.  

Berubah Kearah Kebaikan


Hai semua.  Selamat pagi.  Hurmmm sorry lah ye sebab yaya dah lama tak post kat blog yaya ni.  Maklumlah yaya tengah busy sikit sekarang ni.  Dengan assignment yang banyak semua tu.  Mencabar juga lah.  Tentang assignment pula.  Hari tu yaya terpaksa masuk group dengan budak lelaki kelas yaya.  Selama ni yaya tak pernah masuk group lelaki.  Tu pun sebab group semua dah penuh.  Maximum 3 orang dalam 1 kumpulan, disebabkan yaya tak ada kumpulan, so yaya masuk group lelaki.  Segan sangat sebab yaya jarang berbual dengan dieorang.  Ni bila dah satu group and yaya sorang je perempuan, so nak tak nak yaya kena terima gak.  Jadikan ianya satu pengalaman agar yaya boleh bekerjasama dengan semua orang tak kira lelaki or perempuan.  Nasib baiklah sebab assignment, kalau tak memang yaya tak masuk group dieorang.  Actually memang bila belajar dekat sini, yaya memang tak cakap dengan lelaki melainkan ada hal yang penting.  Now yaya memang dah kurang layan lelaki.  Kalau tak dulu kawan yaya ramai je lelaki.  But this time i want to change everything.  Siapa kata semua tu susah nak berubah.  Yup.  Semua tu akan susah untuk berubah sebab kita yang tak nak ubah semua tu.  Sebenarnya kita yang kena ubah dri kita sendiri, bukan orang lain.  Orang lain just boleh bagi pendapat dan nasihat, tapi kita sebenarnya yang kena lakukan semua tu.  So, berubah ke arah kebaikan bukan dengan kata-kata je yang kita nak berubah.  Tapi kita kena buktikan yang kita kena berubah.  Doakan perubahan yaya ke arah kebaikan ye.  Senyum selalu hehehehe...

Tentang Wanita


❥ Wanita mampu menangis dalam tawanya,wanita juga mampu tertawa dalam tangisnya..

❥ Saat wanita berkata : “Aku baik-baik saja” padahal kenyataannya hati wanita hancur berkeping-keping..

❥ Mereka sedikit kesulitan mengungkapkan isi hatinya, lukanya, bahkan semua yang membuatnya terluka..

❥ Jika pun mereka boleh mengungkapkannya, mereka tidak mampu mengungkapkan semuanya,selalu ada yang disisakan untuk diungkapkan..

❥ Kerana dalam keadaan seperti itupun wanita masih memikirkan perasaan orang yang disayanginya..

❥ Mereka tidak ingin orang yang disayangi berasa sedih dan ragu meskipun di saat bersamaan hatinya sudah hancur lebur..

❥ Bagai kapas yang beterbangan yang sulit untuk disatukan kembali dalam sebuah hati yang utuh..

❥ Setegar dan sekuat apapun wanita, dia pasti menangis..

❥ Entah dengan atau tanpa aliran air mata..

❥ Dalam setitts air matanya ada jutaan kata penuh makna yang tak mampu terucap..

❥ Wanita adalah makhluk ALLAH penuh makna..

❥ Jangan pernah sakiti wanita,kerana wanita diciptakan bukan untuk disakiti..

❥ Wanita diciptakan bukanlah dari kepala untuk dijadikan pemimpin, wanita tidak diciptakan dari kaki untuk dijadikan sebagai alas..

❥ Tapi wanita diciptakan dari tulang rusuk untuk dijadikan pendamping, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai..

Hari Sabtu Yang Membosankan

hai semua.  Selamat tengahari.  So, apa perancangan bila hari Sabtu ni?  Mesti ada yang pergi dating, keluar dengan kawan-kawan dan sebagainyakan?  Haaaa, ni yang yaya cemburu ni.  Yaya duduk dalam bilik je.  Kebosanan dah ni.  Mana family yaya ni?  Kata nak datang tengok yaya.  Lama yaya tunggu ni.  Ermmmm.  Okay.  Tunggu je lah yaya.  Hope family yaya selamat sampai Melaka.  
Hari ni yaya buat perangai lagi.  Time bosan-bosan ni semua email orang yaya tengok.  Bosan sangat kot.  Roomate yaya pagi-pagi lagi dah keluar.  Ada yang pergi buat assignment and ada yag tengah buat persediaan untuk event.  So, yaya sorang je lah dalam bilik.  Tak tau nak buat apa.  Mr.H busy dengan assignment dia.  Lagipun dia tengah marah kat yaya sebab yaya buat hal tadi.  
Sorry Mr.H.  Lain kali yaya tak buat macam tu lagi.  Sorry sangat-sangat.  Yaya tengah bosan hari ni.  Lain kali yaya tak buat lagi ye.  Promise.  So, sekarang yaya tengah message dengan kawan baik yaya je lah.  Nak tunggu dia siapkan masak, then ingat nak on call dengan dia.  Aishhhhh.  Kebosanan dah melanda dah ni.  Yaya ingat nak active kan balik Facebook yaya tu kejap.  Tapi bila tanya kat Mr.H, dia diam je.  So, terpaksa batalkan niat untuk activekan balik.  
p/s - yaya suka buat hal time bosan macam ni.  Yaya minta maaf kat Mr.H and adik yaya.  
Jangan marah-marah lagi ye Mr.H.  Yaya janji lepas ni yaya tak buat macam tu lagi.  
Promise.  Promise.  Promise.  (sambil buat muka sedih).

Microsoft Publisher

Selamat malam semua.  Ehhh, ni bukan selamat malam, ni dah pagi dah.  Merepek je yaya ni hahaha.  Menaip dalam keadaan mengantuk, memang camni lah jadinya hehehe.  Okay, disebabkan yaya rasa tekanan dalam menyiapkan assignment yaya.  So, yaya nak kongsikan dengan apa yang yaya dah buat dalam assignment yaya sebelum ni.  Okay, wait a minutes.
*For brochure


*For flyer


*For newsletter





Ni semua yaya gunakan Microsoft Publisher.  Rasanya, kalau yaya tak belajar tentang Office Software ni, mungkin yaya tak akan tau tentang kegunaan Microsoft Publisher ni hehehe.  Thank you to my lecturer because teach me in subject Office Application Software.  Rasa enjoy bila belajar subjek ni walaupun kadang-kala ianya membuatkan kepala yaya serabut hehehe.

p/s - So, macam mana?  Okay tak apa yang yaya buat?  Any comments?hehehe.  Anyway, thank you so much to my family members, to my friends and also to Mr. H because always give me support, suggestion and idea to me when i want to complete my assignment.  Love you alls hehehe.  

Berakhirnya Event The Festival Of Youth Entrepreneur


Selamat malam semua.  Sihat tak ni?hehe.  Ingat hari ni yaya nak story disebalik event yang berlangsung pada hari Khamis, iaitu pada hari semalam.  Tapi yaya tak bluetooth lagi gambar-gambar semasa masing-masing sibuk menyiapkan dewan untuk event hari tu, so, next time yaya cerita okay.  Seriously penat sangat. Anyway, thanks kepada para seniors yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi event kami.  Tapi bila event tu dah selesai, masing-masing rasa lega sebab usaha yang dilakukan tak sia-sia.  Event yaya berlangsung selama 2 hari.  Pada hari pertama tu just ada persembahan dari artis jemputan dan band-band daripada UiTM.  So, banyak gerai-gerai jualan.  Malam tu juga yaya dan kawan-kawan kena kemas dewan sebab event pada keesokan harinya berlangsung di dalam dewan.  Walaupun terdapat segelintir seniors yang tak puas hati dengan persiapan yang pihak kami lakukan, tapi kami juga berpuas hati kerana dapat pujian dan sambutan daripada para pensyarah serta para seniors yang sudi hadir.  Lepas je habis event tu, yaya rasa penat sangat.  Sakit kaki sebab terlalu lama berdiri.  Masa kemas-kemas dewan, kami sempat ambil gambar sebagai kenangan hehehe.  




p/s - Smart tak baju kami?hehehe.  Sebenarnya banyak gambar lagi, tapi buat masa ni, yaya kongsikan gambar ni je dahulu ye.  Sorry lah ye.  Sebab masa ni masing-masing muka penat dan tak cukup tido hehehe.  So, tunggu lah ye untuk next story.  Bye.