Open Cbox

Mulakan Hidup Baru


Selamat tengahari semua.  Mesti semua tengah lunch kan?  Kenyang tak?hehehe.  Alhamdulillah kalau semua dah makan.  Mesti berselera je makan tu hehehe.  Yaya ni belum makan lagi.  Oppss, dah berapa lama yaya tak makan nasi.  Tak berselera langsung.  Semalam beli nasi pun, yaya just makan sikit.  Yaya just makan lauk je.  I don't know why.  Tapi tak apa lah, nak buat macam mana.  

Now, berbalik pada tajuk yang kat atas tu.  MULAKAN HIDUP BARU.  Why?
Okay, dengan apa yang berlaku dalam hidup yaya sejak akhir-akhir ni.  Yaya decide untuk mulakan hidup baru.  Betul kata kawan yaya.  Yaya dah cukup terluka untuk hadapi semuanya.  Yaya kena ubah tentang semuanya.  Okay, yaya cuba ubah perlahan-lahan.  Everything yaya kena ubah.  Sampai bila yaya nak diamkan diri bila orang buat macam-macam kat yaya.  Nasib baik yaya ada kawan yang sentiasa ada disisi yaya, untuk yaya cerita tentang semuanya.  Dialah yang bagi yaya semangat untuk teruskan semuanya.  Kalau tak, yaya tak tau apa jadi kat yaya.  So, yaya nak mulakan hidup baru.



p/s - Ya Allah, kau lindungilah orang-orang yang aku sayangi.  Kau tabahkanlah hati, kuatkan iman aku untuk tempuhi segala ujian daripada-Mu.  Hanya Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik buatku.  Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku lupakan segala yang terjadi dalam hidup aku.  Aku percaya dengan Qada dan Qadar-Mu.  Hanya Kau yang mengetahui dan memahami segala perasaanku.  Hanya Kau yang mengetahui pengakhiran kisah hidupku.  Kau permudahkanlah segala perancangan dalam hidupku.  Aku hanya mampu berdoa dan berserah segalanya kepada-Mu Ya Allah.  Aamiin

Were Pashmina



Hai semua.  Yaya nak lepaskan penat selepas menghadap laptop berjam-jam lamanya.  Semata-mata untuk siapkan assignment Office Software.  Yaya tengah siapkan untuk HTML.  Sekarang barulah yaya tau bertapa susahnya untuk buat satu webpage and website.  Boleh juling mata yaya untuk fahamkan code-codenya.  Tapi yaya buat simple je.  At least semua ada apa yang pensyarah nak hehehe.  Punyalah pening nak buat.  Nanti bila semua dah siap, yaya tunjuk kat korang ye.  Okay, by the way, tadi masa yaya tengah bosan, yaya tengok folder-folder dalam hardisk yaya ni.  Then yaya terjumpa gambar lama yaya.  Masa tu tengah hangat pasal pemakaian pashmina ni.  So, yaya pun try gak lah.  Tapi tak berapa lawa hehehe.  Saja nak mencuba.


       

p/s - sorry, pic ni tak seberapa pun.  Just nak share dengan korang je.   
Kalau tak puas hati, bagitau ye.  I'm just a simple person.
Nothing special about me.

Migrain

Hai.  Selamat pagi semua.  Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi bernafas pada hari ni.  Migrain.  Yup, migrain selalu sangat menyerang yaya masa sekarang ni.  Maklumlah stress tentang semuanya.  Lagi-lagi dah nak final sekarang ni.  So makin banyak assignment dan masalah yang yaya kena tanggung sekarang ni.  I need my mom.  Nak balik rumah.  Kat sini yaya kena kawal perasaan yaya.  Yaya nak bercerita dengan ibu yaya.  Ya Allah, yaya betul-betul tak sanggup nak tanggung semua ni.  Yaya cuba untuk lupakan semuanya.  Ya Allah, kau tabahkanlah hati aku, kuatkan iman aku untuk menepuh semuanya.  Kau permudahkanlah segala urusan aku, Ya Allah.  Aku betul-betul lemah tanpa bantuan-Mu.  I need my mom right now.  At least ada someone yang dapat dengar masalah yaya.  Yang faham situasi yaya.  Semalam yaya betul-betul tak boleh nak tahan bila migrain datang.  Bila nak makan ubat, teringat kata kawan yaya, tak elok makan ubat selalu.  Try untuk kawal rasa sakit tu.  Tapi yaya betul-betul tak boleh nak tahan.  Sampai nak tidur pun susah.  But yaya terpaksa makan ubat juga untuk hilangkan rasa sakit migrain tu.  Thanks to my friends because care about me.  Thanks for give me some advise.  At least ada someone yang care tentang yaya walaupun hati yaya terluka.

Disebalik Kesulitan, Akan Ada Kemudahan


Ketika kamu tetap tersenyum, meskipun merasa sakit...
Ketika kamu tetap memberi, meskipun tak pernah dibalas...

Ketika kamu tetap ceria, meskipun terluka...
Ketika kamu tetap diam, meskipun perih...

Dan ketika kamu bahagia, meskipun kehilangan....
Di situlah ketulusan hati sedang diuji...

Kesedihan mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan...
Seperti juga sakit,mengajarkan tentang nikmatnya sihat...
Dan apabila sakit, Allah SWT yang menyembuhkanya. ..

Seringkali kita berputus asa tatkala mendapatkan kesulitan atau cobaan.

Padahal Allah SWT telah memberi janji bahwa di balik kesulitan ada kemudahan, 
pasti ada jalan keluar yang begitu dekat...


p/s - Insyaallah, yaya akan tetap sabar dalam menghadapi segala ujian daripada Allah SWT.  Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian daripada-Mu.  Kau tetapkanlah keimanan dalam diriku.  Kau lindungilah orang-orang yang aku sayangi. Kau tenangkanlah hati aku dalam menghadapi segala ujian daripada-Mu.  Kau kuatkanlah iman aku, kau tabahkanlah hati aku.  Aamiin.
Yaya akan cuba sentiasa tersenyum ketika sedang diuji.

Aku Wanita Biasa


Jika wanita cantik yang dicari,
Ia bukan saya.

Jika wanita solehah yang dicari,
Ia bukan saya.

Jika wanita ayu yang dicari,
Ia bukan saya.

Jika wanita kaya yang dicari,
Ia bukan saya.

Jika wanita bertudung labuh yang dicari,
Ia bukan saya.



TETAPI,

Jika ingin mencari wanita yang hendak dibimbing,
Ia adalah saya.

Indah Pada Waktunya


Terkadang kita meminta pada Tuhan setangkai bunga yang indah,
akan tetapi Tuhan memberikan kaktus yang berduri
Di saat lain kita meminta kepada Tuhan kupu-kupu,
akan tetapi Tuhan memberikan seekor ulat

Kita menjadi sedih,
kecewa,
bahkan “MARAH”

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali,
dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik

Itulah jalan Tuhan
“Indah pada waktunya-Nya”

Tuhan tidak memberikan apa yang kita “harap”kan
tapi Tuhan berikan apa yang kita perlukan

Kadang kita sedih,
kecewa,
terluka,
berburuk sangka,
tapi ternyata jauh di atas segalanya

Tuhan sedang merangkai yang terbaik
dalam kehidupan kita
agar kita belajar untuk
Ikhlas dan Sabar

Semoga hari ini lebih baik dari pada hari semalam
kerana seandainya hari ini sama saja dengan hari semalam
kita termasuk orang yang sudah rugi.


Everything That I Want To Share


Hai.  Selamat pagi semua.  Awalkan yaya bangun hari ni.  Actually yaya ada kelas pagi ni, tapi pensyarah tak dapat datang sebab kereta dia rosak.  So kelas postpone pada jam 12.30 nanti.  Tengah bosan tak tau nak buat apa pagi ni, so yaya rajinkan diri ubtuk update blog hehehe.  So rajin-rajinkan diri tu baca blog yaya ni ye hehehe.  Sepatutnya yaya update blog semalam, tapi disebabkan yaya terlalu penat basuh baju + line slow.  So terpaksa lupakan hasrat untuk update blog tu hehehe.  Mana tak penat ye, basuh baju satu baldi penuh.  Basuh pakai tangan lak tu.  Tu lah, tangguh lagi basuh baju.  Kan dah banyak baju yang nak kena basuh, sakit pinggang yaya diri lama-lama.  Nak basuh pakai mesin basuh memang tak lah, sebab duit syiling tak cukup hehehe.  Malam semalam pulak practice untuk public speaking and ambil baju untuk event akan datang.  Nak tau baju tu macam mana, yaya akan cerita pada masa akan datang, hehehehe.  Kalau cerita sekarang tak surprise lah kan.  So hari ni yaya kena practice lagi untuk public speaking nanti.  Nak hilangkan rasa gementar and nervous tu yang susag.  MAsa sekarang boleh cool lagi tapi bila dah kat depan kelas, menggigil yaya.  Memang susah nak hilangkan rasa menggigil tu.  

Akhir-akhir ni yaya selalu on call dengan kawan baik yaya.  Selalu berkongsi masalah.  Tapi yang buat yaya terharu bila dieorang masing-masing ambil berat tentang yaya.  Yaya ingat lagi bila semalam kawan yaya cerita kat yaya.  Dieorang tak boleh biarkan yaya keseorangan sebab yaya ni nampak je macam kuat untuk tempuhi semua masalah tapi hakikatnya yaya ni terlalu lemah.  Kadang-kadang emosi boleh mempengaruhi yaya dalam buat satu keputusan.  Sebab tu kadang-kadang yaya buat je keputusan tanpa fikir panjang.  Kalau nak buat sesuatu tak pernah fikir panjang.  Bila dah buat baru rasa menyesal.  Sebab tu selalu gaduh dengan Mr.H.  Hari tu gaduh pun sebab yaya buat hal macam ni.  Padahal dia dah marah yaya tapi yaya yang degil.  Okay, its all my fault.  Yaya ngaku salah yaya.  Yaya terlalu ikutkan perasaan sangat.  



Actually, yaya rindu sangat kat Mr.H.  Masa gaduh hari tu, yaya boleh mimpi lak pasal yaya dengan dia.  Yaya tau dia still marah kat yaya lagi.  Yaya tak tau nak buat macam mana lagi.  Rasa nak menangis pun ada.  Yaya just tak nak kehilangan dia.  Tu je.  Yaya tak kisah kalau dia nak kawan dengan perempuan tapi please jangan layan perempuan tu macam seorang kekasih.  Please faham perasaan yaya.  Yaya harap dia dapat maafkan yaya.  That's all.


I'm Sorry Mr.H



To Mr.H.  Yaya minta maaf sebab buat hal malam ni.   Yaya terlalu sangat ikut perasaan yaya.  Yaya rasa tercabar dengan Mr.H.  Bila everything yang Mr.H buat, tapi yaya tak boleh buat.  Yaya ego sangat.  Yaya tau yaya salah.  Yaya buat semua tu tadi sebab nak buat Mr.H cemburu.  Not more than that.  Yaya cemburu bila Mr.H panggil perempuan lain sayang and said i love you kat perempuan lain.  Hati yaya rasa sakit sangat even yaya tau perangai Mr.H macam tu.  Tapi yaya ni perempuan.  Hati yaya terluka sangat.  Yaya minta maaf tentang tadi.  Minta maaf sangat-sangat.  Yaya janji yaya takkan buat lagi.  Yaya takkan buat sesuatu tanpa sebab.  But please Mr.H.  Please jaga hati yaya.  Tu je yang yaya harapkan.  Yaya dah penat sangat nak gaduh-gaduh.  Yaya dah penat sangat.  Tolong Mr.H.  Yaya harap sangat.



Heartstrings

Good morning semua.  Selamat berhari Sabtu hehehe.  Hari ni just nak kongsikan satu movie yang yaya tengok baru-baru ni.  Before that, siapa yang suka tengok cerita Korea?  Mesti ramaikan suka tengok cerita Korea?  Tak baik tipu huhuhuhu.  Okay, nak dijadikan cerita, yaya baru je tengok cerita Korea.  Bila tengok adik yaya buka cerita Korea.  Yaya nampak best, baru yaya tengok.  Yaya baru je tengok 2 cerita Korea.  First, Boys Over Flower and the latest, cerita Heartstrings.  2 cerita ni yang yaya suka tengok.  Tapi yang yaya nak kongsikan adalah cerita Heartstrings.  Bila yaya tengok cerita Heartstrings ni, macam biasa je.  Tapi bila yaya tengok sampai habis.  Yaya terpikat dekat hero dan heroin die.  Bukan sebab cantik or hensem, tapi sebab cara dieorang masa bercinta.  Lelaki tu sentiasa lindungi perempuan yang dia cintai.  Sentiasa berada disisi perempuan tu dan selalu cari jalan untuk menggembirakan hati perempuan tu bila perempuan tu sedih.  Kan best kalau ada lelaki macam tu.  Tentang heroin dia pula, yaya suka sebab dia tak pernah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara.  Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.  Ohhhh.  Memang yaya jatuh hati bila tengok cerita ni.  

Tegur Kesalahan Bila Ada Kesilapan

 
Selamat pagi semua.  Pagi ni yaya dalam kelas sebenarnya, sementara tunggu pensyarah masuk, so online lah kejap hehehe.  Before i go further, apa perasaan awak semua bila tengah rehat, or tengah siapkan kerja, tiba-tiba ada orang menjerit?  Mesti rasa tertekankan?  So yaya nak story tentang apa yang berlaku masa malam semalam.  Semalam memang tercabar kesabaran yaya.  Tulis nama yaya lagi untuk bagi takzirah sebab tak datang yasin level sebelum ni.  Yaya bukan sengaja tak nak datang, masa tu yaya pergi kolej kawan yaya untuk buat assignment.  Jam 12.30 malam baru yaya balik bilik yaya.  So, nak tau apa yaya bagi takzirah kat budak level yaya?  Haaa, yaya cakap kat dieorang yang yaya just nak tegur sikit.  Yang yaya tau suara tu aurat perempuan, so tak payah nak menjerit bagai, kawal suara tu.  Kan dah kena dengan yaya.  Dah lama kot yaya diamkan je tapi dieorang still tak faham-faham lagi.  Lepas tu masa duty level, nak perli bagai lak kat yaya.  Ingat yaya kisah lak kan.  Apa yang yaya cakap tu apa yang yaya rasa betul.  Anyway, siapa yang suka bila dengar orang menjerit.  Bila orang tengah rehat, sibuk nak menjerit bagai.  Lastly, kalau nak orang hormat kita, please hormat orang lain juga.  Tak kiralah tua ke muda.  Kan bagus saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 
 
p/s - Sorry guys.  Kalau rasa tak boleh terima teguran yaya.  Yaya minta maaf.  Just jangan nak cakap belakang or nak perli bagai.

Mengisi Masa Lapang


hai semua.  So, how are you today?  harap semuanya okay lah ye.  Okay, sebenarnya hari ni tak ada apa pun nak story.  Saja nak mengisi masa yang terluang ni.  Perut dah berbunyi dah ni minta diisi.  Tapi yaya malas nak makan lak.  Bukan sebab nak diet ke apa, tapi yaya memang selalu macam ni.  Lagipun tengah serabut dengan assignment yang bertimbun ni.   Aishhhh, bila lah nak siapkan.  Ada yang nak tolong yaya buat assignment tak?hehehe.  Cerita tentang hari ni.  Sepatutnya masa kelas mandarin tadi ada ujian bertulis, tapi pensyarah kata buat minggu depan.  So, rasa selamatlah, tapi minggu depan yaya ada presentation untuk public speaking, ujian lisan dan ujian bertulis untuk mandarin.  Tinggal lebih kurang 4 minggu je lagi sebelum cuti study week, tapi assignment banyak tak buat lagi.  Nasiblah kan.  Insyaallah yaya akan cuba lakukan yang terbaik.  Yang penting masa nak shooting untuk video mandarin.  Tak boleh lupa masa semester lepas shooting video mandarin, kelakar sangat.  Nanti ada masa yaya upload video tu ye.  Semester ni pun kena shooting untuk video mandarin lagi.  Mesti kelakarkan.

Now yaya rasa tenang sangat bila yaya tak fikir sangat tentang masalah yaya.  Yaya rasa happy.  Alhamdulillah, Allah bagi ketenangan kepada yaya.  Yaya bersyukur sangat sebab yaya dapat ketepikan semua masalah yaya.  Yaya cuba buat yang terbaik untuk masa depan yaya.  Insyaallah.  Thanks to all my family members and my friends sebab selalu ada dengan yaya bila yaya ada masalah.  Selalu dengar masalah yaya dan bagi pendapat serta nasihat yang baik kepada yaya.  Yaya hargai sangat dengan semua tu.

Problem Again?


good morning guys.  awal gila yaya online kan.  Maklumlah kelas pagi tak ada hari ni.  Jangan jealous ye hehehe.  Padahal hati yaya tengah panas gila pagi-pagi ni walaupun cuaca sejuk.  Stress.  Dah lah ada assignment yang dieorang bagi kat yaya last minit.  Last minit suruh yaya buat.  Aisshhh, sabar je lah.  Tapi semua tu still okay lagi, tapi yang buat yaya sakit hati ye, dia still buat perangai lagi.  Aishhhh, tak puas-puas lah dia ni.  Geram lak yaya tengok.  Okay, malas nak fikir semua perkara yang boleh buat yaya sakit hati.  Tolak semua tu ke tepi.  Anyway yaya bersyukur sangat sebab yaya ada orang yang selalu ada dengan yaya bila yaya susah.  Orang yang selalu bagi semangat dan nasihat kat yaya.  Orang yang selalu faham apa perasaan yaya.  Orang yang tak pernah jemu dengar masalah yaya dan selalu ambil berat tentang yaya.  Yes, yaya bersyukur sangat-sangat.  Bila yaya tolak tepi semua masalah yaya, that's not mean yaya tak ambil kisah langsung tentang masalah yaya.  Sometime's semua masalah tu kena tolak tepi dulu dan selesaikan satu persatu masalah tu.  Kawan yaya cakap kat yaya, lupakan semua perkara yang boleh buat yaya sakit hati.  Yup, now yaya try untuk lupakan semua perkara yang menyakitkan hati yaya.  Everything yaya kena lupakan.  Now just focus on my study.  

To Mr.H, good luck for your presentation today.  Yaya doakan awak berjaya buat yang terbaik untuk presentation hari ni.  

p/s - Just smile always walaupun hati ni memang selalu terluka.

Public Speaking..I'm Not Prepared Anything


When we talked about public speaking, i not prepared anything.  Sepatutnya presentation hari ni, tapi nasib baik lecturer tunda pada 6hb Mac nanti.  Just practice je tadi.  Walaupun rasa gugup, but it's okay.  Nasib baik dapat feedback yang positif daripada lecturer and classmates.  Lecturer pun memang sempoi habis.  So that's make our class more happening.  Walaupun presentation di tunda, tapi yaya kena buat persediaan untuk presentation yang kedua.  Isnin minggu hadapan yaya kena present.  Yaya orang yang kedua lak tu.  Memang nervous gak lah.  Tapi apapun yaya kena hadapi gak.  Hope semua berjalan dengan lancar.  Anyway, minggu depan kelas yaya ada buat satu event.  So, yaya akan busy sikit.  Doakan event kelas yaya berjalan dengan lancar ye.  


p/s - To my seniors, please support our event ye.  Yaya harap abang-abang dan kakak-kakak dapat bagi kerjasama dalam melaksanakan event ni nanti.  Terutamanya kepada pelajar-pelajar di bawah fakulti pengurusan perniagaan.  See you there.


You Always In My Heart


You always in my heart.  Yaya akan sentiasa berada disisi awak ketika awak senang ataupun susah.  Walaupun siapa awak pada masa lalu.  Yaya akan tetap terima awak.  Yaya akan cuba bertahan dalam pertahankan hubungan kita.  Walaupun yaya tau semua tu agak sukar bagi yaya.  Yaya akan tetap pertahankan.  Tapi kalau ditakdirkan yang awak bukan jodoh yaya, yaya akan terima semua tu dengan tabah.  Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah SWT.  Kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang tentukan.  Semua yang berlaku ada hikmahnya.  Tapi jika yaya tak ada lagi dalam hati awak.  Yaya harap awak dapat bagitau yaya.  Jangan bahagiakan yaya dengan kepura-puraan.  Yaya cuma nak awak happy dengan yaya bila awak jadi diri awak sendiri.  Bukan dengan menjadi orang lain semata-mata untuk gembirakan yaya.  Yaya tak perlukan semua tu.  Yang yaya perlukan sekarang adalah diri awak yang sebenar.  Yaya nak tengok awak berubah ke arah kebaikan.  Yaya nak yang terbaik untuk awak.  Walaupun suatu hari nanti yaya tak dapat berada disamping awak, tapi yaya nak tengok awak dapat yang terbaik daripada yaya.  Semua yang berlaku yaya anggap semua tu satu ujian buat yaya.  Yaya akan cuba bertahan walaupun hati yaya sakit.  

p/s - sorry guys sebab terpaksa baca semua ni tapi ni semua adalah luahan hati yaya.  
Apa yang terlintas dalam fikiran yaya, semua tu yaya akan luahkan.
Sorry again.

Lirik Lagu Sudahlah Sayang - Dua Mata


Engkau diam tanpa kata namun matamu seolah bicara
Mendung di wajahmu seraya berkata hatimu telah terluka
Aku ada disini untukmu, aku datang memang untuk dirimu
Untuk sembuhkan luka di hatimu dengan segala maafku


Reff:
Sudahlah sayang jangan engkau marah
Ku tak akan menyakitimu lagi
Maafkan aku atas segala kesalahanku malam tadi


Reff2:
Genggamlah tangan ini dan jangan pernah lepaskan
Peluklah tubuh ini jangan kau sia-siakan
Berikanlah aku senyumanmu yang paling indah ku bahagia


Repeat reff, reff2
Berikanlah aku senyumanmu yang paling indah ku bahagia
Berikanlah aku senyumanmu yang paling indah maafkan ku


p/s - lagu ni yang pernah Mr. H nyanyikan untuk yaya.

Ujian Buat Yaya


Ya Allah.  Kenapa yaya mimpi tentang semua ni?  Apa yang akan berlaku sebenarnya ni?  Hati yaya sakit sangat.  Yaya tak nak ingat tentang semua ni.  Esok yaya dah nak balik Melaka.  Yaya tak nak bawa hati yaya yang sakit ni.  Yaya nak tinggalkan semua ni.  Yaya tau kalau yaya bawa masalah ni, everything yang yaya lakukan kat sana nanti semua akan terjejas.  Yaya tak nak macam tu.  Cukuplah sekali yaya pernah kecewakan ibu bapa yaya dulu.  Yaya tak nak sebab masalah macam ni, yaya akan kecewakan mereka lagi.  Anyway, thanks to my BFF because she always beside me when i'm sad.  Baru lepas on call dengan dia.  Macam tau-tau je yang yaya tengah ada masalah.  Insyaallah, yaya akan terus bersabar.  Ni semua ujian untuk yaya,   Allah tengah uji yaya.  Yaya akan sabar dengan semua ujian Allah.  Insyaallah.

Jodoh Itu Rahsia Allah SWT

selama kita menunggu,
sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
seteguh mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerima ketentuan dari-Nya

jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya
tapi, jika takdir Allah menentukan 
yang mana kita bukan dengan dirinya kita tidak akan bersama dengannya

kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan 
akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya.

tiada yang "kebetulan" melainkan semuanya telah dirancang dan 
sebaik-baiknya rancangan adalah dari Allah.


Hangout With Family + Back To UiTM


Uwaaaaaaaa.  Esok dah nak balik UiTM.  Tak puas duduk rumah lagi.  Naik cuti means bermulalah segalanya.  Kena uruskan pasal event, presentation lagi.  Oh noooo.  I'm not prepared anything.  Yaya tak siapkan pape lagi ni.  Baju pun tak kemas lagi.  Tak puas kot cuti ni.  Tapi nak tak nak yaya kena balik juga.  Tanggungjawab sebagai seorang pelajar.  Semua kena selesaikan.  Fighting hahaha.  Tak boleh buang masa lagi.  Dah nak final dah ni.  Yaya harap semua berjalan dengan lancar.  Ameen.  

Semalam hangout dengan family yaya.  Penat sangat.  Pergi trim rambut punya lah lama.  Nasib baik yaya puas hati dengan hasil kerja orang tu.  Thanks to Colour Bar Hair Saloon hehehe.  Then jalan-jalan kat BP Mall.  Pergi kedai buku Popular.  Yaya tak boleh kalau pergi kedai buku ni.  Ada je yang yaya beli even duit tak ada.  At least mesti beli satu buah buku.  Tapi semalam kakak yaya bagi duit belanja, apa lagi, yaya pergi beli 3 buah buku hehehe.  Then tengah jalan-jalan tu lah tali kasut yang yaya pakai tu putus.  Adik yaya terus putuskan tali tu.  Kelakar kot bila jalan sebelah ada tali, sebelah lagi tak ada tali.  Tapi yaya buat tak tau je lah.  Yaya pergi singgah kedai kasut, beli kasut baru.  Mana taknya, kasut tu lah yaya buat pergi kelas, pergi jalan.  Kasut tu je yang yaya ada.  Nak pakai kasut tinggi tuk pergi kelas memang tak lah.


Okay lah.  Nanti yaya story lagi.  Now yaya nak sambung buat assignment and kemas beg.  Kepada sesiapa yang nak balik kolej esok, hati-hati ye.  Yaya macam biasalah, ayah yaya hantar hehehe.  Jangan jealous.

Hangout





Pic ni masa hangout dengan family yaya.  Masa yaya banyak dekat rumah ataupun luangkan masa hangout dengan family.  So, that's me.  

My Lovely Mom And Dad


Pagi ni, fikiran yaya asyik memikirkan tentang semua perkara.  So, layan lagu sedih jelah sekarang ni.  Bila dengar satu lagu nasyid ni, tiba-tiba yaya terfikir, macam mana yaya nanti kalau tanpa keluarga.  Yaya tak nafikan, kadang-kadang yaya ni memang manja.  Lagi-lagi bila dengan family.  Yaya rapat dengan ibu yaya. Semua masalah yaya, yaya kongsikan dengan ibu yaya, tak kira hal pelajaran, tempat belajar, hal peribadi, semua yaya cerita kat ibu yaya.  She is the best woman in the world.  Bila yaya kat UiTM, yaya selalu call ibu yaya.  Bila yaya ada masalah, ibu yang selalu ada disisi yaya.  Ibu selalu dengar masalah yaya tanpa jemu.  Ibu juga yang selalu bagi nasihat kat yaya.  Ibu juga yang selalu risau tentang kesihatan yaya.  Ibu adalah segala-galanya bagi yaya.  Yaya tak mampu nak balas semua jasa ibu dan ayah yaya.  Walaupun yaya tak rapat dengan ayah yaya, tapi ayah yaya yang telah bertungkus lumus untuk mencari rezeki.  Ayah yang selalu ambil berat tentang anak-anaknya.  Ayah yang selalu ambil yaya bila yaya nak balik rumah dan ayah juga yang selalu hantar yaya balik ke UiTM.  Ramai yang cakap kat yaya, suruh yaya berdikari, tapi yaya yang tak berani.  Cuma ayah saja yang faham keadaan yaya.  Saat ibu suruh yaya berdikari bila yaya tak berani untuk berhadapan dengan orang ramai, ayah yang selalu menemani yaya.  Ibu dan ayah adalah segala-galanya bagi yaya.  Tanpa mereka, yaya tak tau apa akan jadi pada yaya.  





Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, kurniakan mereka kesihatan yang baik, murahkan rezeki mereka, kau lindungi dan peliharalah mereka sebagaimana mereka lindungi dan pelihara aku semasa aku kecil sehingga sekarang ni.  Ameen.

Kenapa Aku Diuji?



KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut
ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
Yusuf ayat 87

p/s - sumber daripada pakarcinta.com

Jangan Terlalu Berharap


Mencintai itu ibarat menggenggam sebuah pisau ditangan,
 ia akan membuat kita terluka ketika kita menggenggamnya terlalu erat.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, 
bukan­ kerana orang itu berhenti mencintai kita, 
atau kerana ia tidak memperdulikan kita lagi, 
melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepasnya.

Tetapi, apabila kita benar-benar tulus mencintai seseorang, 
janga­n dengan mudah kita melepaskannya.

Cintai seseorang tanpa melihat,
tanpa mendengar dengan setulus hati dan seutuhnya rasa yang kita miliki

Sebab bila mencinta dengan pandangan disaa­t ia buyar bisa saja cinta itu pupus.

Bila mencintai dengan pendengaran, 
dis­aat tak terdengar lagi bisa saja cinta itu hilang.

Mencintai seseorang bukan apa-apa, 
jangan terlalu berharap akan balasannya.

Dicintai seseorang adalah sesuatu yang akan menjadi berkah dan bisa juga menjadi fitnah.

Dicintai oleh orang yang kita cintai sangatlah bererti, 
maka syukuri dan nikmati.

Tetapi dicintai Sang Maha Pencipta adalah segala-galanya,­ 
kerana segala macam cinta ada dalam genggaman-Nya. 

Lirik Lagu Sastera Kupu-Kupu - Mimie Haris


Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahuli disisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah Setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu



Lirik Lagu Setia Hujung Nyawa - Purple

Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta
Aku bagaikan tak percaya 
Bila kau melafazkan 
Kau cinta kepadaku
Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu 
Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang
Rinduku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa
Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...

p/s - This for you MR.H.  I hope that tou understand what i feel right now

Redha

Ya Allah, yaya anggap semua ni ujian daripada-Mu.  Apa yang yaya rasa, apa yang yaya lalui, semua ni ujian daripada-Mu.  Yaya pasrah dan redha dengan ketentuan-Mu kerana hanya Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk yaya.  Yup.  Memang sakit bila dapat tau semua tu.  Now yaya redha dengan semuanya.  Yaya takkan balas balik semua perbuatan orang yang pernah menyakiti hati yaya.  Yang pasti Allah akan balas semua tu.  Yang penting sekarang yaya kena terus bersabar dan terus bersabar.  Yaya yakin pasti akan ada kebahagiaan di penghujungnya.  Biarlah orang nak cakap apa pun tentang yaya.  Yaya tau apa yang yaya buat.   Bila dekatkan diri dengan Allah, menjadikan hati yaya semakin tenang.  Now, yaya berusaha untuk jadi yang terbaik.

Percutian Bersama Mr.H

Good morning semua.  Pagi-pagi lagi yaya dah nak story kat blog ni.  Pagi-pagi macam ni biasalah.  Semua orang dah tidur, yaya tak tau nak buat apa lagi.  So story je lah kat blog ni.  Anyway, kali ni yaya nak story masa yaya bercuti dengan Mr.H dan kawan-kawan dia.  

JUMAAT (malam) 1/2/13 - Malam tu Mr.H dan kawan-kawan dia ambil yaya kat Melaka.  Okay, terpaksa menapak keluar sebab dah malam memang susah sikit orang lain nak masuk dalam UiTM tu.  Sampai je luar tengok dia dengan kawan dia tunggu kat bus stop.  So, yaya terus pergi kat dia and masukkan beg dalam kereta.  Then masa dalam kereta tu dia tunjukkan kat yaya satu message ni.  Yaya diam je lah.  Tak lama lepas tu ada orang call yaya, tapi yaya malas nak layan.  Dia tanya siapa yang call, yaya kata kawan.  Then dia nak tengok hp yaya.  So, yaya bagi je lah.  Dia baca semua msg yaya.  Nampak dia marah masa tu.  Cuak gak lah.  Then pujuk dia punya lah lama.  Yelah, yaya bukannya reti pujuk pun.  So, malam tu dia mula pegang hp yaya.  Bukan ada apa pun nak risaukan.  Jam 12 tu kiteorang pergi Dataran Pahlawan, tengok wayang cerita JUVANA.  Masa kat dalam panggung wayang tu dia bagi yaya sweater kawan dia sebab masa tu dia pakai sweater kawan dia.  Dia suruh yaya pakai sebab dia tau yaya tak tahan sejuk.  Tapi yaya tak nak sebab kesian kat dia.  Last-last yaya kongsi sweater tu dengan dia.   Sharing is caring hahaha.  Lepas tengok wayang je, pusing Melaka sebab nak cari tempat makan.  Jam 4 pagi pergi makan.  Masa tu memang yaya dah menggigil dah sebab tak tahan sejuk.  Dia paksa yaya makan gak.  Nak tak nak kenalah makan gak kan.  Masa makan tu dia cakap kat yaya, nanti ambil sweater dia kat bonet kereta.  Lepas makan semua, dia pergi ambil sweater dia bagi kat yaya.  Mula-mula yaya tak nak pakai.  Tapi sebab sejuk sangat, so yaya pakai je lah hehehe. Then sambung perjalanan ke Port Dickson.

SABTU (pagi) 2/2/13 - Sepanjang perjalan ke Port Dickson yaya tidur je.  Ngantuk sangat hehehe.  Yaya sedar pun masa dieorang berhenti kat Tol.  Yaya diam je lah, masih melayan ngantuk lagi.  Then dia buka pintu tempat yaya and duduk sebelah yaya.  Berbual dengan dia terus hilang ngantuk yaya.  Tapi bila teruskan perjalanan je tak lama tu yaya tidur balik hehe.  Pagi tu pergi tepi pantai.  Duduk dan berjalan tepi pantai dengan dia.  Memang best lah kan hehehe.  Ambil gambar semua.  Then ikut dieorang pergi cari sarapan.  Tapi banyak kedai belum buka lagi.  So kiteorang duduk-duduk je lah.  Masing-masing dah ngantuk, so sambung tidur dalam kereta.  Jam berapa tu dia dengan kawan dia pergi mandi.  Yaya duduk je lah dalam kereta sambung tidur.  hehehehe.  Yaya bangun pun lepas dia dah siap mandi pantai.  Yaya makan biskut dalam kereta sebab lapar.  Tak lama tu dia ajak yaya jalan kat sekitar situ sebab nak beli baju.  So yaya ikut je lah.  Dia tanya yaya nak baju warna apa, then ada satu abang ni kata kalau nak baju couple ada kat bahagian dalam.  Bila dia tanya yaya nak warna apa, yaya pilih baju warna biru sebab dia ada kata yang dia banyak baju warna hitam.  So, dia bayarkan baju tu.  Lepas selesai semuanya, kiteorang pergi makan.  Masa tu memang yaya tak nak makan sebab yaya dah kenyang, so yaya cakap kat dia, nak kongsi makan dengan dia.  Then dia suapkan yaya makan.  Macam budak kecik dah hehehe.  Tengok muka dia dah penat sangat.  Lagipun nak masuk apartment pun jam 3 nanti.  So, tunggu je lah.  

(petang) - Jam 2 bertolak nak pergi apartment tapi kiteorang berhenti tepi jalan sebab awal sangat nak pergi apartment tu.  Dia tidur dalam kereta tu.  Kesian tengok dia penat, dah lah panas masa tu.  Berpeluh badan dia masa tidur dalam kereta.  Jam 3 baru masuk apartment.  Masuk je apartment semua masuk bilik, bersihkan diri.  Lepas yaya siap mandi semua, yaya lepak depan TV dengan dia, dia tau yaya suka tengok cerita kartun, dia pun tengok cerita kartun.  Sebelum tu dia buat air, yaya temanlah dia kat dapur.  Yaya tengok cerita kartun tu sampai yaya nak tertidur dah.  So yaya terus masuk bilik nak tidur.  Baru je nak tidur, dia kejut yaya ajak yaya pergi kedai beli barang sikit.  Yaya ikut je lah.  Dia belikan yaya chocolate hehehe.  Balik je apartment masing-masing terus masak meggi sebab lapar, yaya pun sama gak hehehe.  Lepas je makan meggi yaya terus makan chocolate tu, sebab takut cair.  Dia kata yaya makan chocolate laju je.  Dia tolong ambilkan yaya air.  Lepas makan semua, masing-masing tidur sebab penat.

(malam) - Yaya bangun tidur jam 10, tu pun sebab kawan dia yang kejut.  So, masing-masing siapkan diri nak pergi kedai makan.  Yaya pakaikan dia losyen hehehe.  Masa sampai kedai makan tu awal-awal lagi dia cakap kat yaya suruh yaya makan.  So yaya makan je lah.  Masa kat kedai makan tu dia tunjukkan apa yang ada dalam dompet tu.  Bila nampak ada pic perempuan je yaya terus benggang dengan dia.  Yaya diam je masa tu, nak nangis pun ada.  So masa dalam kereta on the way nak pergi McD, yaya diam je lah.  Dia tanya yaya kenapa diam je ni, tapi yaya cakap tak ada pape.  Then yaya cakap kat dia buang pic tu nanti, dari situ dia tau kenapa yaya diam je.   Sampai kat McD memang yaya diam je, turun je kereta dia tengok muka yaya dah nak nangis, so, dia ambil pic tu, dia koyakkan depan yaya.  Tapi yaya still sakit hati, yaya diam je lah sebab nak tahan nangis.  Kat dalam McD tu memang nak nangis kot, dia boleh cakap kat kawan dia lak kan.  Segan kot masa tu.  Dia ajak yaya keluar dari McD tu, sampai je kat luar, dia cakap kat yaya macam nak marah.  Memang menangis yaya masa tu.  Kelakar pun ada gak masa tu, nasib baik tak ada orang nampak hahaha.  Lepas tu barulah yaya lega sebab dah lepaskan semua.  Balik tu ingat nak tolong dia buat assignment dia, tapi dia boleh pula tak bawa calculator.  Dah jadi cam tu.  Yaya terus masuk tidur hehehe.

Ahad (pagi) 3/2/13 - Pagi tu dalam jam 11, yaya teman dia turun bawah dengan kawan-kawan dia.  Dieorang mandi swimming pool kat apartment tu.  Macam-macam aksi dieorang buat hahaha.  Layan je lah.  Bila selesai mandi kat swimming pool tu, kiteorang pun naik apartment.  Kemas-kemas beg nak balik dah.  Sebelum balik tu ambil gambar dengan dia and kawan-kawan dia.  Sebelum balik tu ambil kawan dia kat Melaka juga.  Then kiteorang pergi makan kat Pizza Hut.  Kesian dia selalu sangat kena cubit dengan yaya.  Degil sangat hehehe.  Then dieorang hantar yaya balik UiTM.  

That's all for today hehehe.  Sorry coz story panjang lak kali ni.  

p/s - Thanks sayang for everything.  Untuk baju, makan, wayang dll.  Love you so much dear.

7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah“
Barangsiapa yang lambat datang
rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah
( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin 
maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan
menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melanggengkan Ber-Istighfar
“Barangsiapa melanggengkan
beristighfar niscaya Allah akan
mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan
rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” 
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka
berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya 
( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak
akan ditimpa kesempitan hidup
“(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Shalawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan ,
bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah SAW berdiri seraya bersabda : “Wahai
Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua.
Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada
Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu
diberikan untukmu” 
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI