Open Cbox

Kebahagiaan

Assalamualaikum...

Kebahagiaan.  Kebahagiaan tu ada dimana-mana je.  Sebenarnya kita yang perlu cari kebahagiaan untuk diri kita sendiri.  

Apa yang pernah berlaku dalam hidup yaya, semua tu merupakan pengalaman untuk diri yaya agar bijak dalam membuat sesuatu keputusan.  Kita tak boleh bertindak melulu untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya kita tak perlu nak merasa sedih apabila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.  Kenapa kita perlu seksa diri kita sendiri apabila melihat orang yang kita sayang sedang berbahagia?  Walhal kebahagiaan tu ada dimana-mana.  Kita yang perlu berusaha untuk mencari kebahagiaan diri kita sendiri.  Kenapa perlu rasa pelik jika orang senang dapat pengganti setelah diri dikecewakan?  Perlu ke kita sentiasa bersedih mengenangkan kisah lalu?  Kalau macam tu memang sampai bila-bila kita tak akan peroleh kebahagiaan dalam diri kita.  Just think positive.  

Alhamdulillah, dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup yaya sebelum ni.  Akhirnya Allah telah pertemukan yaya dengan seseorang yang sentiasa buat yaya tersenyum.  Dia sentiasa ada disisi yaya ketika yaya susah dan senang.  Sentiasa menggembirakan yaya.  Sentiasa buat yaya tersenyum.  Yaya bersyukur sangat.  Yaya cuma mampu berdoa agar kebahagiaan ini akan berkekalan.  InsyaAllah.  Ameen.

Speaking Test MUET



Assalamualaikum and good morning.  Actually I'm done with speaking test MUET.  I'm the first group for the speaking test in this morning.  I feel nervous and scared because I'm not prepared anything.  

I got the topic about the sportsman to attain success and my point is to have financial support from the sponsor.  Ya Allah, I got some topic that bit difficult to me to explain about it.  Seriously I can't do that.  Others candidate that same group with me do very well because they get some point that easy to elaborate.  I feel so sad and unsatisfied because I can't do better in the speaking test.  I'm not prepared anything.  My mind blank at this time.  Seriously I can't see the light.

Maybe what my mom said it's true.  I can't focus on my study because of some people that always blame me and always hurt my heart.  I can't to be agree, sad and stress because of that my study become worst.  I must to leave them that always want to hurt me.  

Now, I must to focus on my study.  Leave all things that can make me stress.  Enjoy my life.  Enjoy my study.  No need to think about others.  Life must go on.  Thanks to all my family members and my friends because always give me support and make me happy when I stress and feel unhappy with some person.  


p/s - I'm not good in English but I must to try speak in English and write in English.  Maybe someone feels that is very annoying because write in English but i want to improve my English.  Sorry if my English is not better than you.  I'm still learn to use English in writing and speaking.



Belajar Buat Doodle


Assalamualaikum.  Hai semua.  Hari ni yaya rasa bosan sangat.  Lagi-lagi duduk dalam bilik sorang-sorang sebab kawan yaya balik kampung.  Ada house mate tapi yaya tak rapat dengan dieorang semua.  Yaya masih baru lagi dengan dieorang so, yaya susah nak kawan dengan dieorang.

Okay, back to the topic.  Hari ni yaya belajar buat doodle.  Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.  First time nak belajar buat doodle memang susah, tapi bila dah siap, hasilnya memuaskan hati yaya.

 

p/s - Ni lah doodle yang yaya buat.  Still belajar untuk buat doodle.  

Konsep Berkawan


Assalamualaikum semua.  Hari ni yaya nak berkongsi tentang konsep berkawan.   

First of all.  Kawan?  Apa makna kawan bagi korang semua?  Adakah kawan tu yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang ataupun kawan tu yang sentiasa ada ketika kita senang sahaja? 

Bagi yaya, kawan perlu ada ketika kita susah dan senang.  Bukannya ada ketika kita senang sahaja, tapi bila kita susah semua lari.  Bila kita susah, kita bukan mengharap sangat untuk orang bantu kita tapi kita perlukan sokongan dan nasihat daripada mereka.  Memang tak semua masalah kita boleh ceritakan kat semua orang tapi sebagai kawan, kita perlu tau apa masalah kawan kita tu.  Bila kita dengar masalah orang lain, kita dapat meringankan beban seseorang tu.  Dia tak minta bantuan dari segi kewangan pun.

Apa yang pernah terjadi kat yaya.  Bila kawan susah, yaya try bantu walaupun bantuan yaya tu tak seberapa pun.  Tapi yaya perhatikan, bila dieorang susah baru cari yaya, bila dieorang senang, semua lupa yaya.  Macam tu ke kawan?  Susah nak cari kawan yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.  Kebanyakkan orang akan berkawan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.  

Lagi satu, jangan nak jadi hipokrit depan kawan.  Walaupun kita tak suka dengan orang tu, jangan jadikan orang tu kawan hanya untuk kepentingan diri sendiri.  Contohnya, kita kawan dengan orang tu sebab dia ada kenderaan, so senang untuk korang bergerak dengan bantuan dia.  Bila nak minta tolong punya lah guna ayat manis, tapi bila senang, kutuk kawan dekat orang lain.  Tak elok macam tu.  Nak berkawan tu kena ikhlas  Bukan nak berkawan tu untuk kesenangan kita.

Dalam konsep berkawan, kita janganlah memilih untuk menjadikan seseorang tu sebagai kawan.  Berkawanlah tanpa mengira bangsa, agama, rupa, pendapat, fahaman, minat, taraf ekonomi, taraf pendidikan, pekerjaan, latar belakang, asal usul dan sebagainya.  Senang cerita, tak perlu nak pilih-pilih dalam berkawan ni.


p/s - Ni semua hanya pada pandangan yaya.  So, berkawanlah dengan seseorang tu dengan hati yang ikhlas. 

Nasha First Giveaway




Jom join segmen ni.  Just klik kat banner kat atas ni je.