Open Cbox

SPM

Hai semua.  Selamat petang.  Apa aktiviti korang petang ni?  Yaya baru je habis kelas, ada presentation.  Maklumlah minggu last untuk kuliah semester ni.  Stress dengan tak cukup tidur, ada banyak test and presentation.  Okay, nak tak nak yaya kena laluinya sebab tu untuk masa depan yaya.  Walaupun tengah frust dalam hal cinta, yaya tak nak benda tu semua ganggu pelajaran yaya.  Yaya tak nak sebab perkara macam tu pelajaran yaya merosot.  Menyesal tak sudah nanti hehehe.
Okay, now kita cerita tentang SPM.  Hari ni result SPM keluarkan?  Anyway, yaya nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM yang mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang memuaskan, korang boleh cuba lagi.  SPM ni bukan pengakhiran untuk segala-galanya.  Korang boleh buktikan yang korang boleh berjaya bila korang dapat sambung belajar nanti.  Tapi bila dah dapat sambung belajar tu, janganlah main-main pula ye.
Actually, yaya nak ucapkan tahniah kat adik yaya atas keputusan SPM dia.  Tahniah...Tahniah hehehehe...




No comments :