Open Cbox

Anugerah Dekan Sesi Disember 2012 - April 2013


Selamat tengahari semua.  Hari ni sempat update blog sementara menunggu mood datang untuk buat segala assignment dan study untuk test minggu depan.  Yaya susah sikit nak study kalau tak ada mood hehehe.  

Berbalik pada tajuk asal, pada 21 dan 22 Ogos 2013, telah berlangsung satu majlis dimana untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah mendapat anugerah dekan pada sesi Disember 2012 - April 2013.  Alhamdulillah, yaya dapat peluang untuk jadi diantara pelajar-pelajar tersebut.  Kiranya ni kali ke-2 yaya dapat peluang untuk menjadi pelajar yang mendapat anugerah dekan pada sesi tersebut.  Selama 4 semester yaya telah berada kat UiTM ni, yaya jatuh dan bangun kembali.  Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yaya kerana mereka selalu bagi sokongan dan dorongan kepada yaya tanpa rasa jemu.  Semester ni adalah semester akhir untuk yaya.  InsyaAllah yaya akan cuba buat yang terbaik untuk semester akhir ni.  Doakan kejayaan yaya ye.

Lastly, yaya sertakan gambar-gambar selepas anugerah dekan tersebut.










p/s - Alhamdulillah.  Ni adalah hadiah untuk ibu, ayah dan adik beradik.  InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk semester akhir ni.  doakan kejayaan saya ye.  Thanks a lot to all my family members, lecturers and all my friends.

No comments :