Open Cbox

Bersediakah Kita Untuk Melangkah Ke Alam Perkahwinan?

Actually dah lama yaya nak kongsikan tajuk ni dengan korang semua tapi yaya tak tau nak mulakan macam mana.  Untuk mengisi masa yang terluang ni so, yaya akan berkongsi tajuk ni dengan korang semua.

Bersediakah kita untuk melangkah ke alam perkahwinan?  Ni merupakan persoalan yang selalu bermain dalam fikiran yaya.  Ya lah, siapa yang tak nak berkahwin, right?  Yaya dengan Aiz selalu bercerita tentang perkahwinan, memang kami bercadang untuk mendirikan rumah tangga tapi bila yaya tanya pendapat ibu, ibu tanya soalan ni kepada yaya "yaya dah bersedia ke untuk melangkah ke alam perkahwinan ni?"  

Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling manis dalam kehidupan seseorang.  Namun, sejauh manakah persediaan kita untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang pastinya mempunyai banyak dugaan dan cabaran.

ADA ALASAN UNTUK BERKAHWIN
Kita kena ada keyakinan diri, jadi yakinkanlah diri kita mengapa kita harus mendirikan rumahtangga?  Apakah kebaikan yang akan diperolehi melalui perkahwinan itu?  Apakah kesannya kepada kita, pasangan kita dan keluarga masing-masing?  Kita harus memastikan yang kita sudah bersedia untuk berkongsi.  Kita harus terima kenyataan yang kehidupan sendiri adalah berbeza dengan kehidupan berumahtangga.  Semuanya harus dikongsi, bukan sekadar berkongsi katil, almari tapi juga berkongsi waktu perhatian, seks, kewangan dan emosi.

SEDIA UNTUK SAKIT HATI
Setiap perkara atau keputusan yang diambil pastinya akan ada risiko.  Begitu juga dengan keputusan kita untuk berkahwin.  Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing, jadi kita mesti bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita.

SEDIA UNTUK BERFIKIRAN TERBUKA
Tidak dapat kita nafikan di dalam perkahwinan pasti akan wujud masalah dan dugaan.  Kadankala ianya baik dalam memperbaiki kualiti perhubungan kita suami isteri, sebab itu adalah lebih baik untuk kita sentiasa bersiap sedia untuk berfikiran terbuka dalam bertukar fikiran agar perhubungan emosi sentiasa terjalin.

SEDIA UNTUK KOMPROMI
Kita mungkin mempunyai banyak agenda, pendapat atau apa saja perkara yang ingin kita lakukan, tetapi ingatlah akan pasangan kita.  Dia mungkin punya kesibukan, pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza dengan kita.  So, kita hendaklah memperbaiki diri dalam mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur.  Ini amat membantu perhubungan dalam perkahwinan.

Jelaslah sebagaimana yang telah disebut oleh baginda Rasulullah SAW:

"Apabila kamu sudah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agama kamu, maka sempurnakanlah lagi sebahagiannya yang lain."

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu ialah mereka yag berkahwin dengan segala pengetahuan dan amanahnya dan bukanlah mereka yang berkahwin hanya untuk memenuhi nafsunya sahaja.


P/S - Yaya berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat.  Insyaallah, kami akan melangkah ke alam perkahwinan ni bila kami sudah bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.  Mudah-mudahan Allah SWT akan permudahkan segalanya.  Amin.